Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Fettuccini Carbonara Cendawan
Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
Fettuccini Carbonara



< Previous

Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Thursday, 29-Apr-2010 16:48
MASAK-MASAK & JALAN-JALAN


Assalaamualaikum!

Sekejap je kita dah berada dipenghujung bulan April. Masa kini begitu pantas berlalu meninggalkan kita terkadang tak terkejar rasanya. Itulah selalu tak dapat nak update on time. Tapi kali ini ada improvement sikit kerana cerita kali ini berkisar sekitar bulan April lagi.

Malaslah nak tulis jom layan gambar masakan yang kita buat baru-baru ini.....



























Ini pertama kali kita buat sayur kerabu .....sebelum ni makan yang kak Ana buat atau beli aje.




KERABU PUCUK PAKU

Bahan
2 ikat pucuk paku
1 cawan taugeh [basuh dan toskan] (kita punya takda taugeh)
1/2 cawan kelapa goreng [mesinkan]
1 labu bawang besar [hiris]
6 biji limau kasturi [ambil jus]
1 s/b sos ikan
gula

Sambal [mesinkan]
5 biji cili merah
6 biji ciliapi
2 sm belacan
2 s/b ikan bilis
1 s/b jus asam jawa

Cara
1. Pucuk paku diambilkan daun hijau sahaja. Basuh dan rebuskan sehingga lembut. Toskan
2. Gaulkan semua bahan sambal dan sayuran.
3. Rasakan masin dan masamnya.
4. Hidangkan.

Hari tu pergi pasar Pandamaran..nampak ada ikan tongkol yang segar..so kita pun teringat nak buat nasi dagang Trengganu dgn gulai ikan tongkol..dah lama tak buat..Kat Klang nie kalau jual pun nasi dagang Kelantan (Berasnya ada merah2 tu) . kita buat Nasi dagang ni guna beras basmathi aje.



Resepi Nasi Dagang dah ada (Tengok kat list sebelah kiri nie)






POPIAH GORENG

Bahan
kulit popiah ready made secukupnya
minyak untuk menggoreng
1 s/b tepung gandum + 3 s/b air dibancuh sebagai gam kulit popiah

Bahan Inti
Udang hidup secukupnya
1 batang carrot kecil [sagar/potong halus ]
1 mangkuk sengkuang[racik halus]
1 mangkuk timun [sagar/potong halus]
1 labu bawang besar [racik]
1 ulas bawang putih (racik)
1 sudu kecil lada sulah
1 sudu besar sos tiram (klu suka)
1 s/b minyak
garam

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga wangi.
2. Masukkan udang dan carot.
3. Masukkan sengkuang dan timun , lada sulah dan sos tiram.
4. Bila sayur telah lembut tutup api dan tapiskan supaya kuahnya turun kedalam mangkuk.
5. Bubuh inti popiah ditengah kulit popiah dan gulungkan sehingga hujung saperti gulungan kueh gulung atau ketayap.
6. gamkan hunung dengan bancuhan tepung tadi.
7. gorengkan dalam minyak yg banyak dan sederhana panas.
8. Bila telah kekuningan boleh angkat dan toskan minyak.
9. Hidangkan dengan kuah cili sos.

KUAH CILI SOS

Bahan
7 tangkai cili merah
1 ulas bawang putih
2 s/b cili sos
3 s/n tomato sos
2 s/b cuka
1 cawan air
3 s/b gula
garam

Cara
1. Mesinkan semua bahan.
2. Masakkan sebentar sehingga mendideh
3. Masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga mendideh lagi sekali.
4 Hidangkan dengan popiah goreng atau jejemput udang.


Ini pula kita buat bebola ayam (ada banyak isi ayam dalam peti ais) Biasanya bahagian isi kita simpan buat rencah je pasal semuanya suka makan bahagian tulang. Isi ayam macam dada ke tak berapa laku. So bebola ayam ni kita masak masam manis yg simple aje. Bila buat macam nie Ira dan Zakwan baru suka makan.



CERITAKU KALI INI

Pergi Sri Andalas,Klang dekat dgn rumah Mak Cu, anak kawan suamiku kahwin. Ramailah jumpa kawan dia. Termasuklah yang pernah duduk serumah masa bujang dulu kat Pelabuhan Klang. Cuma ini pertama kali kita tengok kenduri orang kahwin warna tema khemahnya hitam & merah.



Kita bawak Ira sekali (klu tidak susah nak ikut gi kenduri kahwin) pasal dia ada tution kat Klang pukul 2.30 ptg setiap hari Sabtu. Dek kerana masa masih awal lagi so kita ajak singgah tengok sekolah lama kita. Sejak habis sekolah dulu inilah pertama kali kita datang tinjau sekolah nie -STAR,Klang (2 tahun aje -masa tu tingkatan 6 bwh & 6 atas) duduk dengan kakak kita Kak Ana masa tu.Tingkatan 1-5 di Sekolah Menengah Sultan Ismail Kemaman (Orang Kemaman tau)





Ni masa pergi Jaya Jusco , Bukit Tinggi Klang... saja nak bawak Zakwan Breakfast kat MC Donald ...



Ini pulak masa gi shopping kat Tesco, Bukit Tinggi Klang...



Zakwan ada pergi rombongan sekolah ke Smart Kid & KLCC. Bukan main susah hati risau bila lambat balik sikit..maklumlah pertama kali lepaskan dia tanpa pengawasan kita. Pukul 8.oo mlm baru sampai...lega rasanya..Tapi nampaknya dahlah kulit gelap jadi makin hitam berkilat ..apa tidaknya dia mandi dan main air kat kolam KLCC tgh cuaca panas...hem..



Oh ya ..mungkin orang lain biasa melihat keadaan awan waktu hampir habis subuh seperti ini..tapi bagi kita agak pelik dan pertama melihatnya..lalu sempat snap gambar ..masa ni on the way nak hantar Ira kat sekolah MGS, Klang...tgh nak turun jambatan lepas Traffic Light simpang empat tu.





Dah panjang cerita kita..so setakat ini dulu dan jumpa lagi dilain entry..salam buat semua...















© Pidgin Technologies Ltd. 2016