Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Pulut Durian
Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
Pulut Durian



< Previous

Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Tuesday, 18-Aug-2009 01:56
TAT EPAL CRUMBLE, PULUT DURIAN & PUDING PELANGI.


Lamanya tak dapat update entry nie..bukan apa...Computer meragam. bukak je tak sampai 5 minit padam..buat lagi padam....rupa-rupanya power supply kena ganti baru .kipas tak berfungsi....mouse stuck..macam-macamlah.......kita pun tak tahu sangat pasal baiki computer nie...ini anak buah kita Azree yang cakap....dan dialah yang tolong repair dan kita belikan aje apa yang dah rosak tu.......Terima kasih banyak buat Azree dan Siti juga walaupun kini duduk jauh kat Putrajaya..tapi kerana Achik Yatie nie...sanggup datang dan repairkan Computer nie hari tu. Rupanya Computer nie berjankit juga penyakit HINI yang sedang melanda dunia nie..tapi Allhamdullilah.....
....sekarang dah OK..tu yg free sikit hari ini bolehlah update.....sebenarnya banyak betul yang dah tertinggal nie. Tapi takpa bila free je kita akan updatekan apa yang patut....maklumlah ini ibarat album keluarga juga untuk kenangan.....

Untuk permulaan silalah jamu mata dengan beberapa masakan yang kita buat .. ..tak ingat bila....tapi barulah dalam bulan ini rasanya.......

Tat Epal Crumble - pernah menonton TV9(nasi lemak kopi "O") masa tu chef Anuar masakkan kuih Tat ini pengacara kata sedap....dan ramai lagi kata sedap...kemudian chef Anuar kata sapa nak resepi belilah buku masakannya..kebetulan kita memang ada
buku resepi nie tetapi selalu perapkan aje. So masa angin tengah rajin kita pun buatlah dan inilah hasilnya....







Tart Epal Crumble

Bahan-Bahan
.160gm mentega
. 80gm gula castor
.Sedikit esen vanila
.sedikit garam
.1/2 biji telur (gred B)
.250gm tepung gandum

Cara membuatnya.
1- Pukul mentega bersam gula castor,esen vanila dan garam sampai lembut(pukul sekejap sahaja)
2-Masukkan telur dan kacau rata.
3-Akhir sekali masukkan tepung dan uli adunan sehingga menjadi doh.
4-Canai dan tekan doh pada acuan tat,
- Ketepikan dulu.

Bahan inti Kastard
.100gm kastard segera
.200 gm air

caranya:
Campur kastard bersama air dan kacau hingga sebati.

Bahan inti Epal
.2-3 biji epal hijau
.2 camca besar gula perang (kita pakai gula merah je)
.1/2 camca teh serbuk kayu manis
.2 camca besar kismis (kita ada mix fruits je)

Caranya:
1.Kupas epal dan potong dadu kecil-kecil.
2.Gaul epal bersama gula perang,serbuk kayu manis dan kismis.

Bahan Crumble Topping
.100 gm mentega
.200 gm tepung gandum
.100 gm gula kastor
.sedikit garam
.sedikit esen lemon.

Caranya:
1.Cairkan mentega dan masukkan tepung,gula castor,garam dan esen lemon,
2.Gaul dan ramas dngan tangan shingga berketul-ketul.

Penyudahnya:

1. masukkan initi kastard didalam pastri tat
2 bubuhkan initi epal diatasnya
3.Akhir sekali tabur Crumble topping diatasnya.
4.Bakar tat sehingga masak pada suhu 180'c selama 20- 25 minit

Ini pula Pulut durian atau Serawa durian....maklumlah musim durian kalau tak buat nie memang tak sahkan.






Semua orang tahu buat pulut durian nikan...

Bahannya:

Pulut yang dikukus.

Kuahnya:

Santan secukupnya
Gula campur dengan gula merah
daun pandan
Isi durian ikut suka.
Sedikit garam.

Cara buat kuahnya:

Didihkan santan , masukkan daun pandan kemudian masukkan gula dan gula merah .kacau sehingga mendidih dan biarkan agak pekat sikit baru masukkan buah durian dan sedikit garam.

(Note kalau tercair dan suka pekat bolehlah masukkan satu sudu besar tepung beras yang dikacau dgn sedikit air dahulu ,,kemudian masukkan dalam kuah dan kacau rata hingga mendidih lagi dah tutup api)

Ini pula Puding Pelangi




Puding Pelangi

Bahan2nya
2 bungkus serbuk agar2 (sebungkus = 13g)
1350 ml air
450 gm gula pasir
130 gm mentega
8 biji telur bersaiz sederhana
1 tin susu cair Carnation
2 sudu makan tepong custard
2 sudu makan serbuk koko
1 sudu teh vanilla
pewarna (Kita guna biru , merah dan warna asal puding (dah kuning pun) )

Caranya
1. Masak agar2, air dan gula hingga mendidih dan ketepikan dulu.
2. Pukul telur sebentar menggunakan whisker....kemudian masukkan susu dan tepong custard dan kacau hingga adunan ini rata, kemudian ditapis.
3. Setelah ditapis, satukan adunan telur dan agar2 dan kacau lagi hingga rata, serta masak semula sehingga adunan mendidih....kemudian, masukkan mentega dan vanilla dan kacau hingga rata.
4. Bahagikan adunan ke dalam 4 buah mangkuk...bubuhkan koko ( yang sudah dicampurkan sedikit air) ke dalam salah satu adunan di dalam mangkuk dan kacau hingga rata....adunan yang dalam 2 mangkuk lagi masing2 diwarnakan dengan hijau dan merah dan 1 mangkuk warna puding asal(tak dicampur sebarang warna)
5. Gunakan loyang berbentuk 4 persegi berukuran 9x9x3 atau loyang bentuk jantung pun boleh.
Merengkan loyang sedikit dengan menyangga salah satu hujungnya dengan buku atau lain2 benda yang keras...tuangkan satu senduk makan adunan warna merah ke dalam loyang disusuli pula ngan sadu senduk makan adunan warna kuning dan satu senduk adunan warna coklat..ulang cara begini sehingga adunan selesai digunakan.
6. Letakkan loyang kembali kepada kedudukan asalnya . Biarkan ia sejuk dan keras barulah dipotong.

Oh ya Izzati ada balik pada 25.07.2009 lepas (Cuti awal kerana HINI) dan dah pulang semula ke Sg.Petani pada 1.08.2009.





Ini pula masa ada hari apa macam pesta atau hari kanteen gitu kat sekolah agama Zakwan .



Ini pula telatah Amirul dan Alia adiknya semasa dirumahku........layan..





Oklah setakat ini dulu untuk entry kali ini...sambung lagi dilain entry...bye
slam buat semua yg sudi singgah sini.







© Pidgin Technologies Ltd. 2016