Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Cake Adam
Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
Cake Adam
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Tuesday, 28-Oct-2008 17:52
Di penhujung Syawal ini...semakin meriahlah pulak.....
Hari ini dah 28.10.2008..bermakna tinggal sehari lagi esuk bulan Syawal akan berakhir.
Nampaknya diakhir syawal keadaannya semakin meriahlah pulak bagiku. Apa tidaknya
sejak 25.10.2008 hingga semalam 27.10.2008 aku beraya kerumah kawanku Jam dan adik angkatku Liza. Lepas tu rumahku dikunjungi pula oleh anak buah sebelah Trengganu dan esuknya pula Mak Busu dan Juga Mak Cu berkunjung dan raya sekali kat rumah.

28.10.2008.
Oh ya , pagi tadi kita dah siapkan sebiji kek buat anak kawanku Tila yang menyambut harijadinya yang ke 4 tahun hari ini - 28.10.2008. Anyway "Happy Birthday to Adam".

Lihatlah kek yang ku decorkan ini buat Adam (Anak Tila)









Kita buat kek Choc. Moist dapat dari FP Kak Amal. Kita tenguk kek kak Amal buat tu macam sedap aje ....try resepi baru pulak....lagipun senang aje cara buatnya (Note: thanks Kak Amal)

CHOCOLATE MOIST CAKE
[Sumber : Kal Amal ambil dari merpati66]
bahan-bahannye
225ml sunflower oil
225ml susucair [ideal]
4 sudu besar golden syrup
4 sudu besar dark coco
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
4 biji telur
210 grm tepung naik sendiri
210 grm gula halus

caranya
-gaulkan kesemua bahan
-bakar 180 = 45 minit

Semoga Tila dan anaknya Adam suka pada kek yang kita buat dan decorkan ini.

27.10.2008

Pukul 12.30 tengahari - Adik iparku Mak Busu sampai ditemani Pak Cu dan Mak Cu. Mula nya ingat nak buat Nasi Lemak. Tetapi kita tukar buat nasi dagang.kerana Mak Busu tak pernah makan nasi dagang yang kita buat. Kita masak lebih sikit untuk adik angkat kita Liza yang mungkin juga akan berkunjung kerumah hari ini. Ada buat kuih Cara sikit. Sebelum tu kita sempat siapkan tempahan kuih Cream Puff buat kakak Ipar kita kak Idah. Tak sempat snap gambar. Petang Liza adik angkat kita pun sampai. Lepas Maghrib jiran baru kita Man dan Isterinya pun ada berkunjung kerumah sekejap...babynya makin comel ...isterinya Aida baru lepas pantang.







Ini pula gambar Liza yang sempat kita rakamkan semasa dirumah kita...



Ini pula jiran baru Man dan Isterinya Aida yang baru lepas pantang.....



26.10.2008
Anak buah Za..call kata nak datang rumah petang nanti dlm pukul 6.00 ptg atau lambat sikit. Sebenarnya hari ni dah janji nak pergi rumah adik angkat kita Liza tengah hari ini. Sebelum keluar kita pergi pasar dulu .lagi pun Orang N.S pun nak datang nanti..kena juga beli bahan nak masak ....So tengahhari pergi rumah Liza....dan balik rumah petang kita pun bersilat kat dapur masak apa yang cepat dan senang ajelah.....Inti kacang hijau asam gumpal dalam freezer banyak lagi...so kita pun buat asam gumpal.....kerana Za nak makan katanya. Lagi pun yang datang nanti org Trg belaka abangnya Asri ..... Pukul 6.30 ptg siap masak semua.....anak saudara kita nie rupanya sampai rumah Kak Ana pun dah pukul 8.30 malam. Kak Ana ikut sekali tunjukkan rumahku. Maklumlah bukan selalu datang jadi tak berapa ingat rumah kita..kenalah Kak Ana lead them to my house. Seronok berbual dan bergurau dgn anak buah nie bila lama tak jumpa..riuh jugaklah jadinya...lepas makan dan berbual .... kita bawa mereka iaitu Asri dan Za nie pergi rumah abang Pie pulak. Memandangkan kita pun tak kesana lagi...so lihalah gambar yang sempat dirakam....












25.10.2008.
Pergi beraya kerumah Jam. Sepatutnya Tila ikut Sama ..disebabkan dia tak sihat ..tak jadilah Tila datang. So yang dapat makan sedap kitalah jawabnya....macam2 yang Jam masak hari tu. (Note: Tila jgn nyesal dahlah klu tgk nanti.....)





Lepas tu kita pergi beraya rumah pak Cu kat Sri Andalas...tak dpt ambil gambar..battery dah weak.......

Sebenarnya masa berlalu terlalu pantas..dan raya semakin berakhir.....banyak lagi rumah yang belum ku kunjungi dan masih ada lagi yang tak sempat berkunjung kerumah..jadi kita extendkanlan raya nie lagi.....dan teruskanlah ....habis raya pun masih boleh datang.....Oh ya..Normi..sepupuku itu..aduh bilalah mahu berjumpa..........dia free aku sibuk...aku free dia sibuk....last2 tak tau bila boleh jumpa....

Dah panjang berjela....tiga hari tiga malam pumya cerita...so cukuplah setakat ini dulu
nanti sambung lagi dilain entry......


















© Pidgin Technologies Ltd. 2016