Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]



Mail this Foto to a friend



< Previous
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Monday, 7-Sep-2009 16:30
MASAKAN RAMADAN (DAH 17 HARI PUASA) HANTAR IZZATI /JUMPA KAWAN
Assalamualaikum semua.....!

Diam tak diam hari ini dah 17 hari kita berpuasa. Tak lama lagi nak rayalah pulak.

Jom layan masakan yang ku sediakan sepanjang tempoh Ramadan ini..ada gak yang lupa nak snap.....oops klu semua panjanglah pulak entry nie....yg mana sempat ajelah....





IKAN MERAH MASAK TAUCU

Bahan-bahan:

1 keping ikan Merah
200ml aair
40 gm taucu
3 ulas bawang putih] dihiris
2cm halia] dihiris
1 biji bawang besar] dihiris
4 biji cili padi -patahkan
1 biji cili hijau] dihiris
1 biji cili merah] "
1 sudu teh serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa.

Caranya:
1.Lumurkan ikan merah/tenggiri dengan garam dan serbuk kunyit.
Goreng sehingga garing. Ketepikan.
2.Tumis bahan-bahan yang dihiris (bawang dan halia) sehingga naik baunya.
3.Kemudian masukkan taucu dan kacau rata.
4.Masukkan air bersama cili padi,cili hijau dan merah,garam dan gula secukupnya.
5.Setelah mendidih tuangkan keatas ikan yang dah digoreng tadi.
6.Sedia untuk dihidang.





SERIKAYA KELEDEK

5 biji telur ayam
2 cawan gula
2 cawan santan pekat
1helai daun pandan
1 biji keledek saiz sedang.
sedikit garam.


Caranya:

1.Keledek dipotong dadu kecil2 dan kemudian dikukus hingga empuk. Ketepikan.
2.Pukul telur dan gula hingga sebati
3.Blend daun pandan dengan 1/2 cawan santan (dari 2 cawan tadi) dan tapis.
4.Kemudian masukkan santan dalam adunan gula dan telur tadi dan kacau rata.
5.Kemudian masukkan ubi keledek tadi kedalam adunan dan kemudian masukkan
dalam acuan atau loyang dan kukuslah hingga masak.



ASAM PEDAS PARI.

Bahan-bahannya:

500gm ikan pari (dipotong)
3 biji tomato
3 tangkai daun kesum
110 ml air asam jawa
2 batang serai - diketuk
Minyak masak
Air secukupnya.
Garam

Bahan kisar:

2 ulas bawang besar
4 ulas bawang merah
2cm belacan
1 inci lengkuas
20 tangkai cili kering (rebus dan kisar)

Caranya:

1.Pijarkan minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga naik bau
2.Tuangkan sedkit air dan tumis lagi sehingga pecah minyak.
3.Masukkan air asam jawa, daun kesum,serai ikan pari , dan garam
secukup rasa.
4.Akhir sekali masukkan tomato . Bila mendidih sekali lagi tutup api.
5.Siap untuk dihidang.



BUBUR JAGUNG

Bahannya:

3 biji jagung manis (dikikis ambil isinya)
2 cawan santan sederhana pekat dan 1 cawan pati santan - dari sebiji kelapa.
1 ketul gula merah dan 3 sudu besar gula putih
Sedikit garam.
1 helai daun pandan.
1 sudu besar biji sagu.

Caranya:

1 Masukkan 2 cawan santan sederhana pekat dan biji jagung serta daun pandan
dalam periuk dan letak atas api dapur biar mendidih kemudian masukkan biji sagu .
2.Kemudian bila sagu dah kembang masukkan gula merah dan gula putih serta sedikit
garam.
3.Bila gula hancur dan mendidih masukkan pula pati santan yg pekat tu dan kacau rata kemudian tutup api bila mendidih sekali lagi.
4.Siap bolehlah dihidang.



IKAN TENGGIRI MASAK LEMAK CILI PADI

Bahan-bahannya:

3 keping ikan tenggiri
2 biji terung bulat
15 biji cili padi]
4 biji cili hijau]
1 biji bawang besar]
3 biji bawang merah]-----] dikisar semua sekali
3 ulas bawang putih]
1 inci halia]
1 inci kunyit hidup]
3 cawan santan pekat. (Ambil dari 1 1/2 biji kelapa)
3 batang serai diketuk.
3 keping asam gelugur
Garam dan serbuk perasa.

Caranya:

1. Masukkan santan, bahan kisar,daun kunyit,asam keping dan serai dalam periuk dan kacau sentiasa atas api.
2.Bila dekat nak mendidih masukkan terung bulat yang dibelah empat . Kemudian kacau lagi sehingga terung separuh masak, kemudian baru masukkan ikan Tenggiri,garam dan serbuk perasa kalau suka..
3.Kacau perlahan-lahan sehingga mendidih dan ikan tenggiri masak kemdian tutup api. Siap boleh dihidang.





AGAR-AGAR SELASIH

Bahannya:

14 gm agar-agar strip tu.
2 cawan gula
7-8 cawan air.
2 sudu besar biji selasih direndam dalam air dulu.
Sedikit esen rose merah
1 helai daun pandan.
sedikit garam.

Caranya:

1.Rebus agar-agar dengan 7 atau lapan cawan air biar mendidih atau sehingga agar-agar itu hancur semuanya.
2.Kemudian masukkan esen rose merah bersama daun pandan dan juga masukkan gula dan sedikit garam.
3.Bila gula hancur dan dah mendidih masukkan biji selasih tadi (ditapis dulu dari air rendaman) dan kacau rata. Tutup api.
4.Tuangkan dlam acuan atau loyang dan biar ia sejuk. Kemudian boleh dihidangkan.



KARI UDANG

Bahan-bahan:

500gm udang sederhana besar.
2cawan santan sederhana pekat dan 1 cawan santan pekat (ambil dari sebiji kelapa)
3 sudu besar rempah kari
2 sudu besar cili kisar
6 ulas bawang merah - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
1/2 inci halia -dikisar
8 biji bendi - klu suka
2 biji tomato - klu suka
Daun kari kalau suka
Sedikit air asam jawa.
2 biji lada merah - belah dua
2 biji lada hijau -belah dua
Minyak masak secukupnya.

Caranya:

1) Pijarkan minyak dalam periuk dan masukkan semua bahan kisar ..mula-mula bawang dan halia diikuti rempah kari dan cili kisar (dibancuh dengan sedikit air) biar sampai naik bau kemudian letakkan daun kari dan masukkan santan sederhana pekat.
2)Kemudian masukkan bendi, garam, sedikit air asam jawa, bila separuh masak masukkan udang, tomato akhir sekali lada merah dan hijau.
3)Kemudian tuang 1 cawan santan pekat dalam periuk .kacau rata hingga mendidih dan terus tutup api. Siap boleh dihidangkan.

Ini dia kuih yang dah lama terliur tengok kat FP Madiha...baru sekarang dapat membuatnya......(Seakan-akan makan bika ubi lembik kat Trengganu-sedap)


TEPONG BOKO UBI KAYU -Dari FP Madiha
Sumber : kak Jie
Bahan2
1 ketul ubi kayu yg besar ~ (dapat anggaran 3 cawan ubi parut)
1 ½ cawan gula pasir
10 helai daun pandan ~ kisar dengan 2 cawan air dan ambil patinya.
sedikit pewarna hijau jika perlu
secubit garam

Cara Menyediakan
1. Ubi dikopek kulitnya (jangan dipotong) dan dibasuh bersih. Belah 2 untuk membuang urat tengahnya. Parut ubi sehingga habis. ( dapat anggaran 3 cawan ubi parut). (Boleh juga dikisar menggunakan blender tp pastikan juga uratnya dibuang terlebih dulu.)
2. Perahkan/ toskan air dari ubi parut tadi. Tak perlu terlalu kering. Perah sikit jer tapi kalau kisar campur air pastikan perah guna kain maslin sebab ubi terlalu halus.
3. Panaskan periuk kukus.
4. Campurkan parutan ubi, gula pasir, air daun pandan, garam & sedikit pewarna hijau sehingga rata.
5. Masukkan adunan ubi di dalam loyang dan kukus selama 30 minit.
6. Hidangkan bersama kuah / sos santan dengan cara scopping.

Sos Santan
Bahan2
1 kotak santan (200 ml) (nak lebih lemak boleh lebihkan santan lagi.. kurangkan sukatan air)
500 ml air
4 ~ 5 sudu besar tepong beras
2 sudu kecil rata garam (rasa dulu b4 tambah garam)
sehelai daun pandan ~ disimpul

Cara menyediakan
1. Bancuh tepong beras dengan sedikit air sehingga rata (ambil air dari 500 ml tadi). Tapiskan.
2. Campurkan santan, air & air bancuhan tepong beras, garam dan daun pandan dalam periuk.
3. Masak di api sederhana sehingga kuah menjadi pekat & masak.
4. Sedia untuk dihidangkan bersama kuih ubi yang dikukus tadi.

Kita buat Muffin nie untuk Izzati yg kebetulan balik pada cuti Merdeka.



CHOCOLATE CHIPS MUFFIN

Bahan-bahan:

1 cawan butter
4 cawan gandum
3 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil garam
2 cawan chocolate chips
2 cawan gula
4 biji telur grade A
2 sudu besar vanila
1 cawan susu - (kita buat guna 2 sudu besar susu tepung Nespray je..bancuh)
1/2 cawan serbuk koko.

Caranya:

1)Dalam Mangkuk tapis dan gaulkan sekali tepung gandum,serbuk koko ,baking powder dan garam.
2)Ambil sedikit gandum gaulkan dalam Chocolate chips. Ketepikan
3)Putar gula dan butter dengan kelajuan sederhana selama 3-4 minit. Kemudian masukkan telur satu persatu dan putar hingga sebati kemudian masukkan esen vanila.
4)Kemudian perlahankan kelajuan pada speed yang rendah dan masukkan tepung gandum berselang seli dengan air susu agak-agak sebati dahlah.Jangan terlebih adun.Kemudian masukkan chocolate chips gaul rata.
5)Kemudian bubuh adunan dalam paper cup yg telah diletak dalam muffin pan dan taburkan diatasnya sedikit lagi chocolate chips dan kemudian bakar dalm oven 180'c selama 15-25 minit atau sehingga Muffin masak.

Ini pun buat untuk Izzati hari tu..nak buat balik kat UITM.


Resepi nie sama dengan resepi Kek Ana disebelah .

Buat lagi Cream Puff ..untuk Izzati makan masa berbuka.....hari tu tak sempat buat untuk dia..



Aduhai dah panjang pasal masakan nie aje ya..nanti sambung lagilah......

Ceritaku kali ini.....

Bulan Ramadan yang mulia ini adalah jugak pergi sembahyang terawih...taklah tiap2 hari kadang keadaan tak mengizinkan takdalah pergi.....



Ni ..curi-curi ambil gambar masa kat masjid.....





Melawat abangku Zali lagi di KPJ,Shah Alam.....kali ini keadaan abangku agak kritikal dan berada di ICU...jarinya kena potong satu lagi.....Risau juga dibuatnya dan rasa sedih bila tengok abangku masa nie....dia tak berapa sedar....(tapi kini dia dah beransur pulih dan diletakkan di Wad biasa semula)





Ini pula masa hantar Izzati nak balik S.Petani,Kedah ..naik Bas dari Klang Sentral.
Tak Sangka tengah masuk kat tempat menunggu tu..terdengar orang memanggil namaku..siapa pulak nie..rupanya kawan baikku yg lama tak jumpa Sal pun ada ..samalah dia pun nak menghantar anak sulungnya balik naik bas ke Johor.











Bas Izzati delay 1 jam ganti bas Lain(rosak) pukul 12.00 lebih baru berlepas.


Oklah cukup sampai disini....hingga bertemu lagi semoga kita semua diberkati di bulan Ramadan yang mulia ini....














© Pidgin Technologies Ltd. 2016