Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Roti Jala
Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
Roti Jala



< Previous

Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Sunday, 19-Jul-2009 15:41
KUIH APOM & ROTI JALA....


http://www.familylobby.com()

Kuih Apom nie...memang kita suka makan. Kuih nie biasanya kat kedai India atau mamak je ada jual. So bila buat sendiri lebih yakin untuk dimakan.... Untuk pengetahuan kuih nie dah banyak kali kita buat pakai resepi nie..alhamdullilah menjadi. Tetapi hairan juga ada member kita kata dia orang buat tak jadi.....

So pendapat kita ialah bila buat kuih nie..kenalah pandai agak2..kalau nampak pekat
tambahlah air atau santan lagi...kadang kata measurement dah betul tapi mungkin tak kena sukatnya tu...so pandai-pandailah adjust...kalau dah pekat jadinya tak nampak macam batter tu ...taulah apa nak buat......

KUIH APOM.





KUIH APOM

300gm Tepung beras.
250-300ml santan
3/4 sudu kecil ragi segera (kita pakai mauripan)
3/4 sudu kecil garam
60gm castor sugar
2 sudu besar nasi (diblender dulu)

Caranya:

Campurkan tepung beras,ragi, gula,nasi yg dah diblender tu dalam mangkuk. Kemudian
tuangkan santan dan kacau rata. Tutup adunan dengan kain. Perap adunan untuk 45-60 minit atau lebih pun takpa..janji adunan ini akan mengembang macam adunan apam tu.

Kemudian panaskan kuali bulat kecil yg lengkung agak dalam tu. Sapukan minyak rata-rata atas kuali tu dgn cebisan kain .Tuangkan sesenduk besar adunan dalam kuali. Lenggang kuali untuk bulatkan (tengahnya adunan bulat tebal , tepinya nipis) Tutup kuali dan biarkan 2-3 minit atau sehingga tepinya garing dan tengah masak. Kemudian angkat kuih nie.....lihat gambar tu. Buat begitu hingga adunan habis.

Boleh dimakan begitu saja atau cicah dengan kuah kari atau sambal....
(kat kedai dia orang beri kuah santan )






Jom masak roti jala...biasanya kalau masih ada balance kari ayam kita buatlah roti jala......untuk breakfast atau minum petang pun boleh.......Jala kita taklah halus dan cantik..biasa-biasa aje..janji ada rupa roti jala....pakai sarang plastik kuning yg biasa dijual tu.......

ROTI JALA








ROTI JALA

4 cawan tepung gandum
2 biji telur
1 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil pewarna kuning
Air secukupnya.

Caranya:

1)Satukan semua bahan dalam mangkuk dan bancuhkan dengan air hingga sebati.Tapiskan.
2) Panaskan kuali leper yg telah disapu minyak masak.Kemudian jalakanlah adunan
tadi diatasnya hingga masak. Angkat dan letak dalam piring..kemudian gulung macam
dalam gambar kita tu...(yang garing sebelah dalam) .Buat begitu sehingga adunan habis. Siap boleh makan dengan apa-apa aje..kari boleh..sambal boleh..kuah durian klu ada lagi best.....


Sampai sini dahulu..hingga berjumpa dientry yg lain.....







© Pidgin Technologies Ltd. 2016