Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Motosikal ....
Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
Motosikal



< Previous

Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Wednesday, 17-Jun-2009 01:58
BALIK NEGERI SEMBILAN.....LAMA DAH TAK BALIK.....
Apa khabar semua....baru-baru ini kita sekeluarga balik Negeri Sembilan iaitu ke kampong ayah budak2 nie ha. Lama tak balik so...pada hari selasa lepas kami sekeluarga pun bertolaklah ke sana (9.06.2009) Kami tidur dua malam aje kemudian balik Klang.(11.06.2009)



Sampai di kampung mak Busu hidangkan makan tengahhari dengan lauk masak lemak cili padi ayam kampung..sedap dan manis rasa ayam kampung tu. Lupa snap gambar..pasal dah leka makan...

Sebelah petang pergi Air Mawang ..rumah Acik Nordin sekeluarga.



Lama tak jumpa dah besar baby(baru ) anak buah suamiku Yatie nie....


Abang Eji (anak buah) tengah practical kat Pejabat Daerah Tampin selama tiga bulan. Terkejut husband kita bila tengok Motosikal lamanya yang diberi beberapa tahun untuk kegunaan kat sini...telah berubah wajah ...Rupanya Eji dah hantar motosikal nie untuk di ubah suai dan cantikkannya balik..dengar cerita habis dekat seribu lebih. Orang muda nak bergaya..jadi barulah boleh pakai gi kerja....

Sebenarnya Motosikal ini ada nostalgianya tersendiri. Sebenarnya ia dibeli oelh abangku di Kemaman pada tahun 1986 tak silaplah kemudian Pok Su Ali (Kuantan) ku ambil dan sambung bayar lepas tu bila kita dah kahwin beberapa tahun kemudian ....suruh Pok Su beri kat kita dan dia datang hantar dari kuantan ke Klang. Bayarlah balik sikit dan tukar dgn honda cup suamiku itu . Lepas tu suami ku gunakan ini sehingga beberapa tahun walau pun dah beli Motosikal Modenas. Cuma bila kita gila tanam bunga rasa sempit ruang dan suruh hantar kat kampung pada 2003/4. Gembira pulak tengok bila motosikal tu di bela cantik gitu.......dan masih kekal...hingga tinggal di N9.

Ini dia motosikal tu......



Pada pagi 11.06.2009 kami sekeluarga dah nak balik Klang hari tu. Lagi pun ada surat tawaran kerja kerajaan untuk Dila. (anak Mak Busu) Tahniah Dila dapat kerja kerajaan tapi dah kena mendaftar diri pada 15.06.2009. So surat itu dikirimkan oleh Mak Busu untuk diberikan pada Dila (yg bekerja di Shah Alam) ..nak cepat..



Sebelum tu singgah rumah Pak Long budak2 ni kat Tumang, Johol. Kebetulan masa sampai Pak Long siap tgh pegang senapang..apalagi budak2 nie semua teringin nak pegang dan posing dgn senapang tu. Kelakar betullah..berat senapang tu. Kemudian kat luar ada pokok durian Pak Long yang tengah berbuah...tapi tak masak lagi. So teruja tengok buah durian di pokok......jadi bagai menunggu buah yang tak akan gugur ajelah nampaknya.....

Jom layan gambar yang diambil nie.....



Ini Buah Durian kat pokok tu..........







Kak Liza takda kat rumah..so kita orang pergi jumpa dia kat pekan Johol
di kedai menjahitnya....sebelum bertolak balik ke Klang.



Ini masa jumpa Dila di TTDI, Shah Alam....on the way balik rumah ....



Ada call Dila pada 15.06.2009 ...katanya dia dapat kerja di Bahagian Audit dalaman di Suruhanjaya Koperasi Malaysia, di Pusat bandaraya Damamsara tu dan rasa boring. Hari pertama memang boring.....biasalah tu dah ada kerja nanti......oklah.
Rasanya sekarang nie kalau dapat kerja kerajaan lagi bagus dan terjamin..............

Setakat ini untuk kali ini.......salam buat semua yang mengenali.....

© Pidgin Technologies Ltd. 2016