Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Kenduri...
Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
Kenduri



Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Monday, 8-Jun-2009 01:07
Kenduri Aqiqah dan Pertunangan anak Jiran & Kuih Karipap.
Sejak ambil Izati dari Kedah tempoh hari hingga kini kita belum pun mula berniaga lagi. Entahlah bila nak mula lagi..Normi ada call tanya bila nak start balik. Dia pun kalau kita tak niaga dia pun tak mau niaga....Sejak kena saman dan tegur dgn MPK hari tu mood niaga macam dah hilang....rasa bersalahlah pulak niaga tanpa lesen nie....nanti kena lagi....tak tahulah mungkin juga Vitamin "M" dah meresap kot sebab tu malas aje nak mula.....ramai bila jumpa tanya " eh kenapa tak niaga ...lama tak nampak...kita pergi cari awak tapi selalu takda...berniaga ajelah" Entahlah..lagi pun sejak kebelakangan ini kita fikir macam2...salah satunya ialah tentang penyakit influenza H1N1 (Selsema Babi) tu...manalah tahu.....bila dan berniaga kita nie memanglah terdedah..dan jumpa ramai orang buatnya.......terkenakan.....menyesal tak sudah........apalagi cuaca yang berjerebu di Klang nie ha.....rasanya logik juga dgn apa yang difikirkan nie.....lagi pun kesihatan itu penting mesti dijaga.......jadi rasa-rasanya.....berehatlah dulu......

Ada yang kata kalau lama tak berniaga tapak kita tu akan diambil orang.....tapi nak wat camna....tenguk jelah nanti....ada ke orang berminat tempat kita tu?

Oh ya...semalam jiran depan rumah buat kenduri aqiqah cucunya sebelah pagi dan petang pula majlis pertunangan anaknya. Apalagi...makan freelah kita semalam..takyah susah nak masak.....

"Selamat bertunang buat Zarina" Dengarnya October nanti majlis perkahwinan pulak
jawabnya makan free lagi..he..he...

Ini aje gambar yagn sempat diambil.....



Baru-baru ini ada buat karipap....maklumlah lama tak berniaga....teringinlah pulak nak makan karipap buat sendiri......



KARIPAP

Bahan Pastry:-
500 g tepung gandum*
1/2 cawan margerin
1 senduk minyak - dipanaskan sebentar atas api
Sedikit garam
Air sejuk (Dari peti ais) secukupnya

Bahan Inti:-
4-5 biji keledek saiz besar sikit dikupas, cuci dan potong dadu
2 biji bawang besar, cincang halus - blend pun boleh
2 ulas bawang putih, cincang halus - "
1 mangkuk kecik isi ayam ( potong halus atau cincang)
1 pokok daun sup, cincang halus
5 - 6 helai daun kari
1 camca teh gula
2 camca besar serbuk kari
1 sudu besar serbuk kurma
Garam dan serbuk perasa secukupnya.
Air secukupnya.

Cara membuatnya:-
1. UNTUK INTI:- Panaskan 1 senduk besar minyak dalam kuali. Tumis bawang besar cincang, bawang putih dan daun kari. Kacau hingga semua wangi. Masukkan serbuk kari,kurma dan air. Bila mendidih, masukkan kentanf, gula, garam dan serbuk perasa. Masukkan isi ayam, gaul hingga mesra dan perlahankan api, masak hingga kentang empuk dan inti kering. Tabur hirisan daun sup dan gaul rata. Rasa inti, jika ok, angkat dan sejukkan.
2. UNTUK PASTRY:- Gaul ramas mentega bersama tepung yang telah dibubuh sedikit garam sehingga adunan bertukar rupa seakan2 serbuk roti. Kemudian masukkan minyak masak yang dipanaskan sebentar , gaul rata. Masukkan air sejuk tadi sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yang kenyal dan tidak melekat di mangkuk adunan dan jari ..
3. Bulat2kan doh , leperkan letak inti dan kelim. Buat hingga habis dan goreng terendam hingga kuning kekemasan. Angkat dan toskan.



© Pidgin Technologies Ltd. 2016