Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]



Mail this Foto to a friend



< Previous

Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Monday, 18-May-2009 18:17
Tetamu - Kawan Izzati - Maya Datang rumah.
Kawan Izzati masa kat Sekolah teknik dulu yg kini baru habis belajar Matrik di Kulim,Kedah telah datang tinggal dirumah selama 3 hari 2 malam . Maya nie kata boring duduk rumahnya di Sabak Bernam sejak bercuti beberapa minggu yang lalu so itulah sebab nak jumpa Zati. Kami mengambilnya di Klang Sentral pada pukul 11.30 tghhari dan lepas tu terus bawa dia sekali ke kenduri kahwin anak kawan kerja suamiku di Tepi Sungai Klang.Hari tu hari Ahad 17hb May 2009.

Sempat juga Zati bawa Maya berjalan dgn kawannya ke Tesco, Bukit Tinggi petang tu.
Malam makan beli kat pasar Malam simpang empat aje. Hari ini kita tak masak. Esuknya kita pergi pasar dan masaklah sikit lebih kurang buat Maya nie...

Semasa dia di Klang nie sempatlah bawa dia pusing tengok Pelabuhan Klang dan terus pergi Tanjung Harapan (Tanjung Gila) . Pada 19hb esuknya Maya dah nak balik ke Sabak Bernam. Nak kejar bas bas pukul 10,30 pagi.Rupanya hari biasa 2 jam sekali. so kita belikan tiketnya yang bertolak pukul 12.30 tengahhari. Dek kerana jam baru pukul 10.45 pagi kita ajak dia pergi jalan kat Tesco Setia Alam .

Dah banyak kedai makan kat bahagian bawah Tesco nie ..masa baru buka dulu lapang aje...sekarang dah penuh.....lama tak gi kat Tesco nie. sempatlah beli barang ringan je sikit dan duduk minum dan lepak kat kedai..agak dah dekat pukul 12.15 kami pun keluar dari Tesco dan pergi Ke Klang Sentral semula.

Lebih kurang sikit menunggu bas Maya ke Sabak Bernam pun tiba..yang tak bestnya bas tu kebetulan rupanya nampak macam bas lama aje . Maklumlah hari Selasa tak ramai sangat orang. Selepas bas bergerak kami pun melambai pada Maya dan terus balik rumah dan sebelum tu singgah ambil Zakwan balik sekolah.

Sebenarnya Nama sebenar Maya nie ialah Shahirah tapi dek kerana rupanya yang seakan rupa pelakon dan bekas penyanyi lagu Matahari MAYA... so semua kawan-kawan panggilnya Maya. Tengoklah...kan ada rupa Maya tu........









(Update on 8th June 2009)


© Pidgin Technologies Ltd. 2016