Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Bestnya..main air
Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
Bestnya main air



< Previous

Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Tuesday, 12-May-2009 14:59
Ke Kedah Ambil Izzati (Damai Park dan Muzium Arkeologi)
Pada 9hb May lepas kita telah bertolak dari Klang ke Kedah. Kami sekeluarga bertolak sebelah pagi jam 7.30 dan sampai kat Damai Park Resort dalam pukul 4.30 ptg (berhenti di 2 hentian rehat) Mak Cu ,Pak Cu dan Abang Mus bertolak dari Klang pukul 1.oo tengahari dan tiba di Damai Park Resort pukul 7.00 ptg.

Sampai Shah Alam baru teringat yang kamera digital lupa dibawa. Alamatnya tak bergambarlah sehingga ambil Izzati kat UITM. Kerana kat dia ada satu lagi kamera digital klu nak pakai pun kena beli bateri pulak.

Pagi esuknya 10hb .pukul 7.00 pagi.Zakwan, Mus, tak sabar nak mandi dan main air kat sini. Takleh tengok je kena join sama nie termasuklaj Mak Cu, Pak Cu, aku dan Ira. Lepas tu dah pukul 9.30 pagi kami semua bersiap keluar sarapan di pekan Merbok dan Pak Cu ajak pergi jalan kat Alor Star. Memandangkan Izzati habis kelas dalam pukul 12.00 dan boleh ambil dia pukul 1.oo tghari kami 2 kereta konvoi pergi Alor Star. Dari Pekan Merbok melalui jalan ke Yan, Guar cempedak, dan akhirnya lebih kurang 45-50 minit kami sampai di pekan Alor Star. Pertama kali kami jejakkan kaki di Alor Star tu. Sayang takda kamera nak rakam. Nampak Pekan Rabu terus kesana. Disini sempatlah beli belacan,beras pulut hitam dan lain2 makanan. Rasa macam kat pasar Payang Trengganu pulak . Banyak Mangga dijual sempat beli 5 kg . Call kawanku Rozie...dia tengah mengajar...lepas tu katanya tempatnya pokok Sena kalau nak jumpa kat Pekan Rabu tu ambil masa 45 minit...ha2 jauh gak rupanya. Memandangkan masa yang tak cukup dan Rozie pun penat baru habis mengajar...so lain kalilah kita jumpa kataku. Ingatkan dekat je..

Abang Mus pulak jumpa kawan lama masa belajar kat Kelantan. Diam tak diam dah pukul 2.30 ptg. So call Zati bilang sama dia kita orang lambat sikit sampai kat UITM tu. Dari Alor Star kami berpatah balik ke Yan untuk ke UITM, rasa lalu jalan yang sama je. Hampir 40 minit kami pun sampai kat UITM. Apalagi mulalah mengangkut barang Izzati dalam kereta..tak muat tumpang letak dalam kereta Pak Cunya sekali.

Lepas tu terus kita ajak pergi Tangjung Dawai- makan seafood- ikan Bakar. Makan lapan orang okeylah tu baru RM150.00. Bagiku ini dah cukup murah...kalau nak dibandingkan makan di Port Klang atau muara tu. Lepas makan kami balik kat Damai Park Resort.

Besuk Pagi 11hb May budak-budak nie temasuklah mak budak dan bapak budak tak sabar nak main air terjun dari bukit kat depan bilik kami aje tu. Seronok sungguh main air...apalagi siap diberikan pelampong lagi oleh penjaga kat situ. Mus pandai berenang rupanya siap Zakwan suruh ajar dia sekali...hai tak hengat dunia..kali ini Izzati pun mandi sama....semua orang basah......

Lepas tu pukul 10.00 gitu siap gi breakfast lepas tu kemas semua barang kerana pukul 12.00 kena check out dari Damai Park. Sebelum terus balik ke Klang kami singgah di Muzium Arkeologi Lembah bujang yang tak berapa jauh dari Damai Park Resort tu.
Selepas tu bateri kamera habis takleh ambil gambar lagi. Kami pun balik ke Klang melalui lebuh raya Sg.Petani Utara dan berhenti di tiga hentian rehat dan sampai di Klang lebih kurang pukul 8.30 malam.

Antara yang sempat dirakam......


Ini gambar Izzati ambil guna h/p dia je....tak terang sgt.....










Bergambar Di Muzium Arkeologi Lembah bujang.........
















Hingga bertemu lagi (Update on 8th June 2009)



© Pidgin Technologies Ltd. 2016