Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Jom singgahlah.
Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
Jom singgahlah



< Previous

Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Wednesday, 6-May-2009 12:34
BERTEMU LAGI....(nak tau kenapa lama tak update..he..he..)
Assalaamulaikum dan bertemu kembali ..buat semua yang sering mengunjungi disini dan rasanya dah hampir dua bulan tak ku jenguk disini apalagi melawat rumah kawan2 yang lain. Sebenarnya hati begitu ingin sekali untuk mengadap fotopages nie..tapi apakan daya kesibukan dan tiada masa yang sesuai menyebabkan hajat untuk update fotopages nie tak kesampaian.

Untuk pengetahuan semua diriku begitu sibuk temankan kawan dan sepupuku Normi nie berniaga. Dia yang baru sebulan duduk rumah lepas diberhentikan kerja (Star Cruise) telah tak boleh duduk diam. Lantas mempelawa diriku berniaga bersamanya. Mulanya berat juga maklumlah dua-dua takda pengalaman berniaga...asyik kerja kat office je. Tapi dek kerana semangat Normi yang kuat nak tak hendak kami pun mulakan perniagaan tu.

Nak tau perniagaan apa ? Normi nak berniaga goreng pisang dan rojak buah. Diriku pula buat mee hun goreng, kuih teow goreng, mee goreng dan kuih muih. Kebetulan masa tu dapat idea depan Supermarket SSW . Kat situ ramai orang lalu lalang. Ewah lokasi kena betul.....Lepas tu dah setuju..kopaklah jugak lebih kurang RM600.00. Beli Payung besar, meja, alas meja, tupperware, tempat isi ice dan sebagainya. Normi pun kopak lebih banyak lagi dlm RM 750.00 gitu kerana selain meja dan payung dia kena ada dapur dan tong gas.

Maka pada 2hb March 2009 kami telah memulakan perniagaan kami iaitu membuka gerai payung depan seberang jalan SSW tu. Hari pertama kelakar pun ada , seronok pun ada..pengalaman pertama berniaga digerai sendiri. Normi terkial-kial nak pasang api dapur untuk goreng pisang..lama jugaklah membeleknya bersama suaminya baru ok. Diriku datang agak lambat maklumlah kena masak mee dan teow goreng serta beberapa jenis kuih. Hari pertama tu rasa seronok kerana letak aje dah ada customer yang nak beli kuihku. Ingatkan rasa malu sangat.....tapi rupanya tak ada rasa malu pun dan rasa seronok mungkin kerana kami berniaga bersama macam ada kawan aje....asyik nak gelak dan ketawa aje. Nak bungkus mee pun terkial-kial.....Normi ketawakan aku dan aku ketawakan dia.....Rata-rata yang datang membeli mengalakkan kami untuk berniaga....kata mereka..eloklah you all berniaga kat sini ...susah nak cari orang kita berniaga kecuali orang Indon..kata mereka.

Hari pertama berniaga nampaknya begitu mengalakkan hampir habis semua yang ku jual hari tu...buat tak banyak..percubaan .....tapi oklah tu ..Normi dapat RM 55.00 dan kita dapat RM53.00. Hari kedua berniaga ..alhamdullilah....habis juga....Tapi nak tau tak hari Rabu ..(hari ke 3)...buat banyak sikit....banyak tak habis...rasa tak seronok dan tak nak berniaga lagi. Lepas tu member-member beri nasihat berniaga memang macam tu. Keesukannya berniaga lagi..laku gila pulak..sampai tak cukup....cepat balik. Diam tak diam dah hampir 2 bulan kami berniaga disitu. Customer pun dah ramai dan siap ada pelangan tetap yang mesti datang kat gerai kami..ada yang minat dengan mee gorengku dan kuih puding jagungku dan ada yang ketagih rojak buah Normi.Pendapatan sehari pun dah bertambah paling kurang boleh dapat RM65.00 sehari. Normi juga dah boleh dapat dekat RM80.00 - RM100.00 sehari.

Oh ya kami berniaga setiap hari sepatutnya pukul 11.30 tapi selalunya paling cepat boleh sampai pukul 12.30 tengahari. Kadang2 pukul 1.30 ptg pun ada. Jam 5.30 atau 6.30 ptg kami balik.Tulah berniaga campur main2. Lagi satu berbagai pengalaman
selama hampir 2 bulan telah dirasai. Berbagai ragam dan karenah orang yang kita jumpa..dari yg normal hingga yang tak betul. Kadang gerai kita jadi macam kaunter pertanyaan ...dan macam-macam lagi...Yang menakutkan ialah satu hari tu tiba-tiba pertama kali hujan turun dgn lebat dan angin kencang...aduh....takutnya..terkial-kial pegang payung takut tertanggal. Mujurlah ada lelaki dan 2 orang staffnya dikedai belakang datang menolong. Habis kami semua basah kuyup dan banyak lagi yang belum terjual baru pukul 3.00ptg masa tu.Jawabnya sedekah jelah pada yang menolong dan hantar rumah kakakku Ana .
Beberapa hari takda mood nak berniaga. Akhirnya bila dipujuk dan dinasihat adat berniaga memang gitu..rupanya orang lain teruk lagi siap air masuk dalam makanan dan payung terbang melayang-layang. kata mereka kami macam tu sikit je. Ingat dah nak berhenti niaga biar Normi buat sorang tapi akhirnya aku kembali semula berniaga sehingga kini.Kami ni suka-suka berniaga dan bila rasa takda mood je tak berniaga.
Yang banyak ponteng tak datang berniaga ialah diriku. Mungkin rasa letih dan penat.nak cukup rehat...itulah sebabnya takda masa lansung nak ngadap PC nie. Itupun Sabtu dan Ahad kita tak pergi niaga.

Setiap hari(Isnin hingga Jumaat) dari pukul 6.oo pagi kena siapkan ramuan untuk buat me, kuih muih serta karipap. Kini banyak jenis juga yang ku buat kadang ada kuih kasturi, agar-agar selasih atau coklat, Seri Muka, kuih jemput pisang. Normi dah pandai buat cucur udang dan buat jual tepung pelita dan lompat tikam.

Hari ini kami tak berniaga....nak tau kenapa..terkejut kerana disoal siasat oleh MPK Klang semalam. Kebetulan masa tu suaminya takda ,Normi dah tunjuk surat ada memohon lesen tapi mereka kata takleh niaga sehingga dapat lesen....itu hanya permohonan..belum lulus lagi...Semalam 5hb Mei lepas kena saman MPK tu....larislah sangat.....ramai betul yang singgah dan membeli digerai kami. Ada yang tanya kenapa...tadi dia orang kacau ke...dan ada tu kata buat tak tau je...teruskan berniaga.......entahlah.....(rehatlah kejap ) Lagi pun hari sabtu (09.05.2009) nie nak pergi Kedah ambil anakku Izzati balik untuk cuti akhir semester dua nie pada 10.05.2009) di UITM Merbok, Kedah. Dah tempah untuk menginap di Damai Park Resort..selama 2 malam. Kali ini adik iparku (Pak Cu sekeluarga ikut sama) . balik semula ke Klang pada hari Isnin (11.05.2009)

Oh ya lihatlah gambar gerai kami nie..sesiapa tinggal dikawasan nie tentu tau tempat nie .....









Lama tak update ya lihatlah gambar kuih muih yang pernah ku buat nie..dan beberapa
gambar kenangan yang lain.....



























Nanti bila free kita edit dan letakkan resepinya.....

Ini dia gambar masa pergi kenduri kahwin ustazah Zakwan.....



Pergi jalan kat Jaya Jusco bukit tinggi....



Jumpa anak buahku Za dan Asri di Giant Shah Alam....(masa nie Za baru balik dariTerenganu so dai ajak jumpa kat Giant untuk ambil buah tangan lagi pun ada kirim kerepek sagu yang jadi kegemaran Zakwan tu) Buat Za..Terima kasih banyak-banyak ya.....susah-susah aje...







Oh ya pok Su Ali ku ada datang kat Klang....duduk rumah kakakku Ana hampir sebulan dek kerana kita sibuk berniaga taklah dapat layan Pok Su sepenuhnya...dia hanya datang sekali kat rumah ...nampaknya duduk rumah kakak ku Ana . Lepas tu kak Ana bawa jumpa digeraiku sekali dan esuknya abangku Pie bawa dia ke rumah abangku Zali diShah Alam. (Rugi tak sempat ambil gambar Pok Su Ali ku semasa di Klang.

Setakat ini dulu untuk kali ini....dah panjang pun......nak gi jenguk rumah kawan-kawan pulak apalah khabar dia orang ini...rindu pada mereka.

Oh ya siapa ada tips untuk berniaga macam kita nie...silalah beri pendapat, komen dan idea......serta nasihat ..mungkin berguna....tapi tak tahulah ....nak teruskan lagi atau tidak...........

Salam buat semua yang sudi singgah sini.....














© Pidgin Technologies Ltd. 2016