Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]



Mail this Foto to a friend



Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Saturday, 7-Mar-2009 16:33
Takziah buat Kakakku Ani (Akhirnya....ia pergi jua...)
Hampir sebulan tak dapat nak updatekan fotopages ini. Terlalu sibuk dgn berbagai urusan hingga tak berkesempatan untuk menghadap fotopages nie. Hari ini jam dah menunjukkan angka 12.30 mlm tapi ku usahakan jua untuk mencoretkan sedikit sebanyak peristiwa yang dah dilalui......

Untuk pengetahuan semua... pada 17hb Febuari 2009.....suami kakakku Ani (Ustaz Lah) telah menghembuskan nafasnya yang terakhir selepas dimasukkan semula kehospital Trengganu pada 14hb Februari (sebelum ini beliau telah dibenarkan pulang kerumah tiba2 rasa sakit dan dihantar semula ke hospital). Tuhan lebih menyayanginya..akhirnya beliau pergi jua menghadap illahi selepas dua hari diwad.Tak sangka pertemuan dihospital semasa melawatnya sebelum ini adalah yang terakhir buat kami... Semoga kakakku Ani dan anak2nya tabah menghadapinya...........

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan Al- Fatihah....



Sebaik saja mendapat panggilan dari kakakku di Trengganu tentang pemergiannya aku telah bertolak menumpang kereta abangku Shafie dan kak Idah. Kak Ana pun ikut sama. Kami bertolak dari Klang jam 10.00 malam dan tiba di Pulau Kambing Trengganu pada jam 5.20 pagi.

Semasa disana aku dapat berjumpa dengan kawan lamaku masa sama2 bekerja di Perwaja Trengganu iaitu Noraishah atau kupanggil Sah aje. Rupanya dia ada hubungan persaudaraan dengan arwah abang iparku. Aku dan suami tinggal diTrengganu dua malam saja. Masa Kenduri Tahlil malam pertama aje sempat hadir dan malam esuknya aku dan suami telah pulang ke Klang dengan menaiki bas Express dari K.Trengganu ke Klang. Bertolak dari Trg pukul 9.30 malam tiba di Klang Sentral pukul 5.00 pagi.(Pengalaman pertama naik bas selelpas 22 tahun tak pernah naik bas Express)

Jom lihatlah gambar-gambar yang sempat ku rakamkan semasa disana..........................











Ini dia kawan lamaku Sah...dan dia juga baru kehilangan suaminya (arwah Bakri) pada Aidilfitri tahun lalu..buat Sah..syabas dan tabah menghadapi hidup....semoga ceria dan gembira disamping anak-anak disisimu.





Setakat ini dulu untuk kali ini........semoga kakakku Ani tabah dan hidup mesti diteruskan........sekali lagi Al-Fatihah ...semoga rohnya dicucuri rahmat.....
:-( :-( :-( :cry: :cry: :cry: :cry: :cry: :cry: :cry:

© Pidgin Technologies Ltd. 2016