Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Perjalanan Ke Utara bermula
Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
Perjalanan Utara



Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Saturday, 10-Jan-2009 13:45
KENANGAN HANTAR IZZATI & DI DAMAI PARK RESORT,MERBOK,KEDAH.
Alahai diam tak diam dah sepuluh hari kita berada di tahun Baru 2009. Dah terlambat tapi masih boleh lagi untuk kita ucapkan "SELAMAT TAHUN BARU" buat semua kawan-kawan dan sesiapa saja yang pernah singgah dan jenguk sini.

Entry kali ini nampaknya kita cuma nak updatekan kisah masa kita pergi hantar Izzati untuk masuk semula belajar bagi semester 2 di UITM, Merbok, Kedah. Al kisahnya sehari sebelum pergi iaitu pada 26.12.2008 baru teringat yang kita belum buat booking hotel lagi..ini cuti sekolah dan Krismas. Cepat-cepat kita call ...malang dari hotel Malaysia, Swiss Inn dan semua hotel yang dekat ngan UITM tu dah penuh. Oklah cari resortlah pulak yang dekat. So jumpa no. tel di Damai Park resort Merbuk. Kita call nasib baik ada satu lagi chalet macam rumah tradisional kosong yang lain semua dah penuh utk 27.12.2008. Katanya tempat tu dekat dgn UITM..10 minit aje sampai. Sewanya pun murah baru RM70.00 utk satu malam. Kita setuju aje dan confirm booking.Sebelum nie tak pernah teringat nak call Damai Park resort nie.

So esuknya kami sekeluarga pun bertolaklah dari rumah di Klang pada pukul 7.20 pagi untuk memulakan perjalanan ke Kedah...melalui lebuh raya Utara tu.



Sampai hentian rehat Tapah ...dah pukul 9.30 pagi dan berhenti untuk breakfast....hentian rehat tu punyalah ramai orang ...sampai nak cari meja pun kena cop dulu dan berebut baru boleh tempat duduk...teruknya...tak pernah ramai macam nie......lamanya berhenti kat sini pasal menunggu tempat duduk kosong dan beratur panjang nak order air dan makanan.



Alahai..nasib. Lepas tu kami sekeluarga memulakan perjalanan lagi ......lepas tu sebelum sampai terowong nama tempat tu Jelapang ke apa..aduhai lamanya sangkut...jam pulak. panjangnya sabar ajelah dahlah cuaca tgh panas dan perit ..jalan sedang dibaiki tu.....hampir 2 jam lebih baru lepas dan dapat masuk terowong tu kemudian berhenti kat hentian rehat juru nak minum dan luruskan kaki kata suami...







Perjalanan diteruskan dan harap jangan jam lagi....Lepas tu ada jam sekejap aje dalam 15 minit masa kat Juru nie. Selepas tu kami dah melalui lebuhraya ke Sungai Petani (Dah pukul 4.30 ptg biasanya pukul 1.00-1.30 tgh hari dah sampai)....tapi kali ini tak masuk bandar Sg.Petani sebaliknya terus cari alamat nak ke Damai Park Resort di bandar Kecil Merbuk. Ianya terletak di Lembah Bujang dan dekat dengan Balai Polis Merbuk. Akhirnya perlahan-lahan mencari dan ikut alamat yang diberi kami dapat temui Damai Park Resort tu dgn mudah aje.Tempatnya terpencil dan lokasinya berhampiran dgn kampung kecil . Kami sampai situ pukul 5.10 ptg gitu. Dikelilingi air terjun dari gunung dan dusun buah-buahan. Redup dan nyaman. Disini juga ada tempat latihan pelajar PLKN.



Cantik dan besar rumah tradisionalnya tu. Namanya Kemboja .Bak kata orang memang selesa. Mintak extra tilam charge RM10.00.



Selepas mandi semua keletihan dan tak mau keluar....makan apa yang ada dan dibeli aje lepas tu semua tidur. Pagi esuknya 28.12.2008 kawan Izzati dari UITM call kata bilik Store masih tak bukak lagi.



Jadi ..kita call dan tambahkan untuk bermalam sehari lagi...rupanya..takleh guna chalet tu lagi .pasal 28.12.2008 dah ada orang lain booking tapi kami sekeluarga boleh pindah ke bilik VIP yang akan dikosongkan pada pukul 12.00 nanti. So kami sekelluarga telah pergi minum dipekan Merbuk dan sebelum pukul 12.00 tgh hari balik semula untuk angkut barang ke bilik VIP chargenya RM100.00 je. Namanya bilik Chempaka 04. Besar dan lagi selesa biliknya. Lain kali takyah sewa tempat lain selain dari sini..dekat pulak dgn UITM tu.





Selepas tu pergi UITM kerana Izzati nak mendaftar kolej dan asrama bagi pelajar lama. Nasib baik lepas mendaftar bilik Store tu dah di buka. So kita orang tolong angkut barang ke bilik Izzati. Termasuklah bag pakaian yg dibawa dan barangnya yang lain. Izzati nak ikut dan tidur lagi dgn kita di Damai resort..esuk bolehlah hantar dia semula.takpa katanya.



Lepas tu kami pergi ke Tepi Pantai Tanjung Dawai..kerana kat situ ada pantai dan gerai seafood kata pekerja di Damai Resort tu.So kami semua akhirnya terus pergi mencari Tanjung Dawai. Taklah jauh sangat dengan tempat penginapan kita tu. Jalan dipantai dan kemudian pergi makan ikan bakar kat salah satu kedai kat situ. Murah sungguh harga makan seafoodnya berbanding di Muara, Tjg Gila, P.Klang. Kami makan sekeluarga tak sampai RM100.00 pun. Biasanya makan tempat lain di Klang lebih dari RM100.00. OKlah tu....permadangan pun cantik..dan buat kita teringat pulak Kuala Kemaman...kat Kampungku di Kemaman rupanya ...lebih kurang macam tulah.















Selepas Balik dari Tjg Dawai...kami balik ke Damai Resort . Kawan suamiku ada datang jumpa dia malam itu di situ.Dia tinggal kat Merbuk sebab tu bila suami call dia terus datang..dekat aje...dgn rumahnya. Dia pelawa ajak makan tengahhari dirumahnya besuk. Isterinya baik dan peramah orangnya. Lamanya berbual hampir pukul 10.30 malam baru mereka pulang. Lepas tu kami pun tidur. Bangun besuk paginya Zakwan ajak nak mandi air terjun kat depan tu. So apalagi ..jom tenguk kami main air ...tempat nie sungguh nyaman dan air terjun tu katanya datang dari Gunung Jerai......







Selepas puas main air kat depan tu kami semua bersiap-siap untuk pergi rumah kawan suamiku itu, hantar Izzati dan terus balik Klang semula. So lebih kurang pukul 11.20 kami dah check keluar dari Damai Park resort.(29.12.2008)

Pergi rumah kawan suamiku dulu kerana dah janji nak pergi. Terima kasih atas layanan mesra dan hidangan tengah hari yang disediakan untuk kami sekeluarga. Seronok dan berseleralah pulak kita makan dengan adanya ulam dan sambal belacan..tu...



Selepas tu terus pergi hantar Izzati ke UITM...sian dia kena tinggal...sedih gak rasanya...tapi buat biasa je...nanti dia lagi sedih...



Lebih kurang pukul 2.10 minit kami pun bertolak dari UITM,Merbok untuk terus pulang ke
Klang melalui lebuh raya Sg.Petani Utara tu. Sepanjang perjalanan punyalah banyak kenderaan ditengah jalan...tempat perhentian semuanya dipenuhi orang -ramai..apa tidaknya campur dgn cuti Krismas nie.....jalan pun ada masanya jam dan slow sikit bila sampai setiap tol.








Sesekali hujan turun ada masanya lebat juga. Akhirnya kami selamat sampai di Klang lebih kurang pukul 9.00 malam.

Panjangnya entry kali ini....maklumlah story dari 27.12.2008 - 29.12.2008.....jangan boring sudahlah..lagipun ini ibarat album dan kenangan untuk kami sekeluarga. Semoga apa terjadi menjadi kenangan yang sentiasa terpahat dihati....dalam melalui kehidupan ini.......semoga kita semua dirahmati dan di murahkan rezeki di tahun baru ini........bye...
hingga bertemu lagi.....salam buat semua yang mengenali ..




© Pidgin Technologies Ltd. 2016