Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Konnyaku Jelly
Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
Konnyaku Jelly



< Previous

Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Friday, 26-Dec-2008 00:20
TIGA BIJI KEK UNTUK PENGANTIN DAN KENDURI KAHWIN.
Baru berkesempatan untuk update fotopages nie dek kerana banyak yang tertinggal maka entry bawah tu ku editkan saja pada 18.12.2008 padahal baru semalam dapat uploadkan.

Rasanya minggu lepas iaitu pada 21.12.2008 merupakan hari yang paling banyak dapat jemputan kahwin sejak cuti sekolah nie. Yang sempat kami pergi cuma tiga buah rumah aje. Untuk pengetahuan anak kawanku Ju juga telah melansungkan perkahwinannya pada hari itu. Mereka telah menempah tiga biji kek untuk ku buat. Dua untuk hantaran (satu pihak perempuan & satu lagi utk pihak lelaki) Satu lagi untuk upacara memotong kek. Alahai kawan punya pasal....dek kerana sibuk menyiapkan kek-kek ini maka tidaklah dapat ku menghadirkan diri pada hari sabtu untuk majlis akad nikah Eva (anak Ju) begitu juga kenduri cukur jambul jiran depan rumah. Lain kali kek kena buat awal-awallah...tak boleh last minute macam tu. Semuanya ku buat pada hari Sabtu.....jadi dari buat kek hingga mendecor hampir pukul 1.30 pagi juga baru siap. Rupanya makan masa jugak......takpa..belajar dari pengalaman..apa-apa pun kesemua kek ini dapat disiapkan dan diambil keesukannya oleh pihak pengantin.

1) Kek Bermanik Hijau ini dalamnya kubuat Kek Blue Berry. Campuran fresh Blueberry dan ada blue berry filling ditengahnya. (Kek ini ku cipta sendiri dari kek asas yg ada)







2) Kek bermanik kuning keputihan ini didalamnya kubuat Best Ever Chocolate Cake.






3) Kek ini untuk dipotong oleh pengantin katanya..mereka nak kek orange. So ini juga kek ku reka sendiri stail fruity kek. Dua lapis kek oren dan ditengahnya letak orange filling dan taburkan beberapa slice orange dalam tin. (lupa ambil gambar lepas kena potong) Berat kek ini 2.5 kg dan size 10". Katanya nak corak yang simple aje tak perlu Cream berlebihan diluar.....jadi inilah rupanya kek itu...(w/pun kek orange tapi letakkan strawberry pasal tema perkahwinan mereka ialah hijau & pink)





4) Ini pula konnyaku jelly..permintaan dari pengantin perempuan untuk mereka makan beradap ...siap belikan 2 packet konnyaku jelly dan 1 tin buah-buahan seminggu sebelum tu suruh ku buatkan. Pagi tu alhamdullillah sempat kita buat dan bawa kemajlisnya.





5) Dibawah ini diabadikan gambar pengantin dan sekitar majilis kenduri kahwin tu. "Selamat Pengantin baru buat Eva " semoga berbahagia dialam baru. Buat Ju..."Selamat dapat Menantu..." tahun depan sah-sah dapat cucu....hehe....tahniah.....












Setakat inilah dulu entuk entry kali ini dan esuk 27.12.2008 kami sekeluarga akan ke Sg.Petani ..untuk menghantar anakku Izzati balik belajar untuk sem keduanya di UITM, Merbok, SP, Kedah.......semoga jumpa lagi..........




© Pidgin Technologies Ltd. 2016