Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Best Ever chocolate cake
Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
Best Ever chocolate



< Previous

Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Thursday, 18-Dec-2008 23:42
Jumpa Sal & Rozie & My first Swiss Roll.
Baru-baru ini pada hari Selasa kita jumpa kawan lama dan juga best friend masa belajar dalam satu kelas di Tingkatan 6 (STAR,KLG) . Kami bertiga memang rapat dan banyak kenangan suka, duka dan lucu yang kita kita alami bersama hinggalah masing-masing berpisah dek kerana ikut haluan masing-masing dan juga kerjaya kami. W/pun begitu hubungan kami tidak pernah putus..sesekali adalah call itu pun jarang2. Maklumlah masing2 sibuk. Kami biasanya akan berjumpa bertiga pada setiap kali cuti sekolah akhir tahun. Ini kerana Rozie adalah seorang guru dan mengajar di Alor Star. So bila dia cuti barulah dapat jumpa.Sal pula kini begitu berjaya dalam businessnya dan rasanya semua orang tahu "Sri Andaman Sal" yang dekat Klang centre tu dan juga dia memiliki sebuah SPA di kompleks PKNS, Shah Alam. Eh wah.."promosi Nampak". Tumpang gembira tengok sikap rajin,cekal dan tak kenal putus asa yang dimiliki oleh Sal. Nyata tak sia-sia segala penat lelahnya selama ini..dan hingga kini dia masih kuat bekerja untuk membina businessnya.

Pertemuan kali ini diadakan dirumah Sal pada hari Selasa (16.12.2008).....sebagai tanda persahabatan ku telah membuat dua biji kek yang sama cuma berlainan bentuk. Bulat untuk Sal dan square tu untuk Rozie. Jom lihat gambar.......(Tempek lebih sikit pasal Rozie nak tengok bila dah sampai Kedah nanti)

Ini dia 2 biji kek yang ku buat untuk mereka.......







BEST EVER CHOCOLATE CAKE

Ingredients : Makes one 20cm square cake
125 g Butter
1/2 cup Castor sugar
1/3 cup icing sugar (Sifted)
2 egg lightly beaten
1 teaspoon vanilla essence
1/4 cup blackberry jam
1 1/4 cups self-raising flour
1/2 cup cocoa powder
1 teaspoon bicarbonate soda
1 cup milk

Chocolate butter cream
50 g dark chocolate, finely chopped
25 g butter
1/4 cup icing sugar (sifted)
3 teaspoons Cream (Whipping cream)


Method :
• Preheat oven to moderate 180oC. Brush a deep, 20cm square cake tin with melted butter or oil, line the base and sides with paper, grease the paper.
• Using electric beaters, beat butter and sugar and sifted icing sugar in small mixing bowl until light and creamy. Add eggs gradually, beating thoroughly after each addition. Add essence and jam, beat until combined.
• Transfer mixture to large mixing bowl. Using a metal spoon, fold in sifted flour, cocoa and soda alternately with milk. Stir until just combined and the mixture is almost smooth.
• Pour the mixture into prepared tin, smooth surface.
• Bake for 45 minutes or until skewer comes out clean when inserted in centre of cake.
• Leave cake 15 minutes before turning onto wire rack to cool.
• To make the Rich Chocolate Butter Cream. Combine the chocolate, butter, sifted icing sugar and cream in a small pan. Stir over low heat until the mixture is smooth and glossy.

Kenangan semasa bertemu dirumah Sal.......

















Ini dia gambar snap balik dari album lama.....kami masa dulu ...............80an......nie...
Kenangan lalu......





Petang balik rumah berkobar-kobarlah pulak nak cuba buat Kek Gulung nie.....akhirnya berjayalah jugak membuatnya tapi tak berapa cantik sikit....kena buat lagi....(Mungkin tak sabar gulung dia masa tengah belum begitu sejuk....)





KEK GULUNG/ SWISS ROLL BATIK ORANGE.
Sumber : dr FP MakLang asal Apek
Bahan-bahan
6 biji telur gred A
4oz gula castor
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar ovelet
3oz tepung gandum
1 sudu besar susu tepung
4oz mentega cair
sedikit orange pes (atau apa yg dikehendaki)

Orange Filling atau
(Bahan sapuan/filling (terpulang anda mahu gunakan apa2 perisa / cream yg disukai)
Blueberry filling & Kiwi filling )

Loyang yang kita gunakan ialah loyang shortbread yg ada 100 petak tu.. ukurannya 12" x 12"

Caranya
1.Telur, gula, ovelet, baking powder, esen vanilla, tepung gandum dan susu tepung dimasukkan dalam bekas dan dipukul dgn kelajuan maksima sehingga gebu (5-7minit)
2.Adunan dah gebu akan bertukar menjadi warna putih.
3.Masukkan mentega cair, kemudian kacau rata ngan sudip kayu.
4.Asingkan sedikit adunan tadi (skit je dlm setengah senduk setakat nak buat line) ke dalam bekas lain yg lebih kecil kemudian bancuh dengan sedikit orange pes. Kacau rata kemudian masukkan adunan ke dalam piping bag. Potong sikit hujung piping bag utk buat line.
5.Tuangkan adunan yg byk tadi ke dalam loyang shortbread td yang telah dialas dengan kertas kuih kemudian ratakan permukaannya
6.Paipkan adunan coklat td di atas adunan yg diratakan dlm loyang mengikut kreativiti anda sendiri.
7.Lorekkan/corakkan dgn menggunakan lidi dari atas ke bawah atau ikut kreativiti anda sendiri.
8.Bakar dlm oven selama 20 minit dgn suhu 170darjah celcius.
9.Apabila kek sudah masak dan sudah betui2 sejuk, terbalikkan ke atas sekeping kertas kemudian sapukan filling/ cream sehingga rata....tolong jgn sapu kuat2.
10.Setelah jem disapu rata, gulung kek tadi perlahan2 sehingga kemas.

Setakat inilah untuk entry kali ini..dan buat kawanku Rozie...semoga selamat sampai kat Alor Star dan jumpa lagi ....untuk Sal terima kasih atas layanan tempoh hari semoga terus berjaya dalam bidang yang diceburi semoga berbahgia sentiasa.......

© Pidgin Technologies Ltd. 2016