Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


kenduri kahwin
Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
kenduri kahwin



< Previous

Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Saturday, 13-Dec-2008 03:16
HARI RAYA HAJI
'SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA PADA SEMUA! meski pun agak terlambat (8.12.2008 yang baru lalu).

Biasalah baru kini berkesempatan untuk upload gambar dan bercerita . Banyak kesah dan peristiwa telah berlaku dalam tempoh itu. Nampaknya agak panjang sikit entryku kali ini ya. Sepatutnya kami sekeluarga rancang nak balik Kampung di Trengganu. Malangnya keadaan hujan yang tak berhenti dan berlaku banjir..disana maka hasrat itu telah tertangguh. tak tahulah bila pulak boleh balik. Maklumlah bulan ini semua anak2 ada.....dah lama tak balik sana..rindu pada ..mereka di Trengganu.....terutama adik2ku kakakku dan anak2 saudara ......apalagi makan kerepok lekor losong dan kuih muih kat sana (apa nie asyik .....ingat makan aje.....control sikit..badan dah semakin ..gemuk..he.he). sekarang berat badan kita tak pernah turun naik memanjang ..banyak baju dah ketat ......bilalah boleh kurus sikit.....nasib..nasib....


Kita mulakan dari suasana Hari Raya Haji baru-baru ini ye.

1) Sepatutnya plan nak balik kampung Suami diN9 lepas sembahyang raya..tak jadi pasal dari pagi sampai malam hujan tak berhenti..sekejap renyai sekejap lebat...so dek kerana itu tak jadi balik..so berayalah di Klang saja..tak kemana pun setakat duduk rumah dan pergi rumah kakakku Ana aje. Sungguh tak sangka anak saudaraku Hoesni ada datang dari Trengganu rupanya...dulu dia nie duduk Shah Alam tapi dah tukar kerja di Trengganu so sekeluarga berpindah kat tempat asal....lama tak jumpa...."Lari dari banjir ke" usikku pada Hoesni masa dia berkunjung kejap kat rumah.



Inilah hidanganku pada Hari Raya tu......




NASI BERIANI HIJAU

BAHAN-BAHAN:
1 kg beras basmati (basuh dan sejat atas penapis)
Air (sukat ketinggian air sama tinggi dengan paras beras dalam mangkuk)
1 cawan susu cair
1 cawan jus pandan - (kisar 4 helai daun pandan tapis ambil air)
Sedikit pewarna hijau
1 labu bawang besar - kisar
3 ulas bawang putih - kisar
6 ulas bawang merah - kisar
1 1/2 inci halia - kisar
1/2 cawan minyak jadung (mazola)
2 sudu besar minyak sapi (kalau ada)
Garam dan gula secukupnya
2 tangkai daun pudina
2 tangkai daun ketumbar
Buah gajus -suka hati.

BAHAN TUMIS:
1 labu bawang besar - mayang
4 cm halia - mayang
1 biji bawang besar - mayang
Daun Pandan 3 helai - disimpul
Sedikit bahan penumis (bunga lawang, kulit kayu manis, cengkih dan buah pelaga)

(Kalau tak letak pun takpa tapi kita suka masukkan ini bila nasi dah hampir masak)
Kismis
jagung
Kacang peas


CARA MENYEDIAKAN:
1. Tumis bahan-bahan penumis dan bahan kisar tumis sehingga naik bau. masukkan pula garam dan gula secukup rasa.
2. Masukkan daun pandan, jus pandan/pewarna hijau dan air biar mendidih baru masukkan susu cair.
3. Lepas tu masukkan beras, daun pudina,buah gajus dan daun ketumbar tutup periuk biar ia hampir masak/kering.
4.Lepas tu letak buah kismis,kacang peas ,jagung dan tutuplah penutup tu hingga ia masak.



AYAM MASAK MERAH
(sendiri punya stail)

Bahan-bahannya:

1 ekor ayam dipotong (ikut suka)
cili Kering - kisar (dlm RM1.00)
air secukupnya (dlm 2 cawan)
1 biji bawang besar-kisar
8 biji bawang merah - kisar
4 ulas bawang putih - kisar
1 inci halia - kisar.
1 cawan sos tomato - boleh lebih klu nak.
2 biji bawang besar - mayang
Minyak untuk menumis secukupnya.
Sedikit kayu manis,bunga lawang dan cengkih utk tumis.

Caranya;

1) Ayam dibersihkan gaul garam dan kunyit- goreng.kemudian ketepikan.
2)Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan kayu manis,bunga lawang dan cengkih,
naik bau, masukkan bawang kisar dan halia diikuti cili kisar dan masukkan air dlm 2-3 cawan..biar sesekali kacau hingga mendidih dan naik minyak dan kering sikit baru masukkan tomato sos dan gula/garam secukupnya.
3) Masukkan ayam goreng dan bawang besar yang dimayang gaul rata.
4) Kalau dah kena masam.pedas dan manisnya...angkat. klu tak kena rasa adjustkan semula baru hidangkan.

Kita sempat buat kek Marble yang senang dan kuih tart dan biskut Mazola pada malam sebelum raya tu...





KEK MARBLE ANA

Bahannya: (utk sebiji kek)

2 cawan Margerin
2 cawan gula castor
3 3/4 cawan gandum
1 sudu kecil baking powder -( Ayak dgn gandum)
6 biji telur
1 sudu besar esen vanilla
Pewarna/perisa ikut suka

(contohnya sebiji kek lagi kita buat letak perisa keladi dan warna ungu selain pewarna merah sahaja) -

Cara membuatnya :

Pukul marjerin dan gula castor hingga kembang.
Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji.
Kacau rata dan masukkan esen vanila.
Kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil diadun rata.
Ambil lebih kurang dua - tiga senduk letakkan pewarna/perisa.
Lepas tu masukkan adunan plain dulu dlm loyang dan kemudian yang ada warna di bahagian tengah dan kemudian letakkan adunan plain dibahagian atas ratakan.
Akhir sekali panaskan oven dan bakar pada suhu 170'c selama 45-60 minit atau
sehingga masak.




Ini kes malas just bakar kuih tart ni tanpa sapu telur kuning atasnya...



Gambar masa abang Hos,isterinya dan anak-anak masa kat rumah.





Ini gambar masa pergi raya rumah kakak kita Ana





2) Hari ini dalam sejarah... ..masak nasi dagang untuk kenduri kawan sebanyak 5 kilo(Segantang lebih) Sekali dengan lauk gulai ikan dan acar..... Mula ingat malaslah nak masak banyak2 tapi tak sampai hati ..harapan orang...akhirnya berjaya juga kubuatkan.....(kita suruh dia beli semua bahan dan kita masakkan) Sempat buatkan Cream Puff lagi.......dengarnya...laku sungguh...semua licin...pada hari kenduri tu (6.12.2008) alhamdullilah......



Buah tangan dariku untuk kenduri tu.....cream puff...sambil mengukus nasi dagang.......


3) Pada 30.11.2008 kami dari Klang dan Shah Alam konvoi dari rumah kak Ana untuk menghadiri perkahwinan anak lelaki sepupu kita Abang Alias di Taman Bukit Chedang, Seremban. Keluargaku, kak Ana sekeluarga, Abang Shafie dan kak Idah dan abangku Razali alhamdullilah sihat dapat ikut sama dengan anaknya Jina sekeluarga. Dimajlis itu telah dapat bertemu dengan satu-satunya mak saudara yang masih ada iaitu Mak Uda (kakak kepada arwah ayahku) Ayahku orang Muar,Johor. Dah lama tak jumpa Mak Uda...dia nampak masih sihat usianya hampir 95 tahun. Lama juga kami disitu dan selepas itu sebelum balik Klang....kami kecuali abangku Razali telah singgah dirumah besan kakakku Ana (mak Lin - isteri Hairul punya emak mertua) .













Ini semasa singgah rumah mak mertua Hairul (Mak Lin)









4) Ada masak Spaghetti dan puteri mandi .......kat rumah....







5) Dapat tempahan kek harijadi dari jiran kita Aida untuk suaminya...(anak panggil ayah)





Buat juga kek lain sebiji decorate cincai2 untuk anak kita makan pulak..maklumlah dah tengok kek birthday tu anak-anak kat rumah pun nak..kita buat kek yang resepinya senang aje dari FP Dapur Impian. Inilah rupanya.....jadilah untuk ngap sendiri.......



From Dapurimpian.
KEK COKLAT LEMBAP.
Sumber : Indon2.com

Bahan-bahan :
250gm mentega
1 1/2 cawan gula castor
2 cawan tepung kek (or tepung naik sendiri)
1/2 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1/2 cawan air sejuk (dari petiais)
1 camca teh esen vanilla
3 biji telur gred A atau 4 biji telur gred B
Cara-cara:
1. Ayak tepung dan serbuk koko. Ketepikan.
2. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji, anggaran 30 saat antara setiap satunya.
Pukul sederhana laju.
4. Perlahankan pukulan, masukkan tepung diselang-selikan dengan susu cair.
5. Masukkan esen vanilla.
6. Masukkan air ais dan gaul sekadar sebati.
7. Tuang dalam loyang 9in x 9in yang telah digris dan dilapik dasarnya.
8. Bakar pada suhu 170 darj cels selama 1 jam atau sehingga masak.

6) Ada masak nasi lemak.....dan jemput-jemput udang geragau..hehe...





7) Ini pula kuih kegemaran suami kita...kat Negeri 9 kuih nie memang popular........






8)Ini pula sambal tumis ikan - kegemaran Izzati.....




Cukuplah setakat ini dulu...nanti bertemu lagi dilain entry....salam buat semua......



Nanti ada masa kita singgah dan jenguk rumah kawan2 ya....hari ini tak sempat.......rasanya.....(PC sentiasa di booking) he..he...inipun Zakwan dah bising maknya lama kat PC.....bye.....

























© Pidgin Technologies Ltd. 2016