Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]



Mail this Foto to a friend



< Previous

Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Wednesday, 3-Dec-2008 01:22
Kaswi Pandan,Cream Puff dan Kenangan di Sg.Petani.
Assalaamualaikum Semua?

Rasanya hampir 3 minggu tak update fotopages ini. Bukan apa..Izzati dah balik lagipun tengah cuti sekolah semua ada kat rumah. Jawabnya tak ada canlah maknya nak mengadap PC. Masa kita free computer occupied bila kita tgh sibuk computer tu tak disentuh. Zakwan asyik main game, Izzati dgn YM , friendters dan begitulah juga dgn Ira. Kita yang tua nie mengalahlah. Dahlah tiga orang tu berebut nak guna Pc......Pagi nie lepas breakfast terus ngadap PC. Bagilah can kat mak pulak kali nie.....itupun Zakwan mengalah.......baru dapat maknya nak update FP ini...

Atas doa kalian semua perjalanan pergi dan balik ke Sg.Petani,Kedah tempoh hari berjalan lancar dan baik sekali. Kita bertolak dari Klang pukul 7.30 pagi dan dan berhenti rehat di dua tempat dan selamat sampai di Sg.Petani pada pukul 1. 50 tengahari..itu pun ada jam sikit lepas tol juru (klu tak silaplah nama tempat tu) .....kerana ada jalan yang sedang dibaiki..kalau tidak pukul 1.10 minit macam tu dah sampai.

Hotel Malaysia dah penuh silap tak booking awal-awal...so kita pergi Swiss-Inn..nasib baik ada lagi bilik kosong. Boleh tahan sewanya RM160.00 semalam. Untuk pengetahuan camera digital yg selalu diusung kesana kemari tu dah rosak...pulak. Lepas rehat dilbilik kita keluar awal dlm pukul 3.30 ptg dibandar Sg.Petani. Cari kedai kamera tak jumpa...akhirnya bila pergi kat Tesco Sg.Petani baru jumpa. Sedihnya kamera kita nie lensnya dah rosak. Kena hantar kat kedai yang kita beli(kat Klang) klu nak repair..lagi pun lens klu rosak charge repairnya mahal baiklah beli kamera baru. So nak tak nak kopak duit kita ...terpaksalah beli kamera yang baru. KIta beli yang harganya RM499.00. Sama Fujifilm tapi pixelnya lebih tinggi dari yg dulu 8.3 dgn memori kadnya 1 GB. Dulu harga kita beli lagi mahal pixelnya cuma 6.5 je. Yalah camera digital nie makin lama makin murahkan.Kalau tak beli kamera baru...takdalah can nak ambil gambar lagi.....jadilah asal ada kamera.

Lepas beli kamera baru tu dalam pukul 4.30 ptg baru kita pergi ke UITM, Sg.petani dan ambil Izzati balik.Sampai sana ramailah jugak ibu bapa yang lain datang nak ambil anak-anak mereka.Sana-sini ramai sibuk mengangkut barang..... Pergi kebilik Izzati..aduhai..bersepahnya...banyaknya barang dia..so takut tak muat kereta banyak barang-baranya terpaksa tinggalkan kat Store. Mulalah mengangkut barang dari bilik ke kereta dan dari bilik ke bilik Storenya. Dah selesai semua kita pun balik ke Bandar Sg,Petani dan singgah makan di Tesco kejap. Lepas tu terus ke Swiss-Inn hotel. Apalagi dah penat dan letih..borak-borak...lepak2 dan kemudian tidurlah.

Besuk paginya kita pergi sarapan kat hotel bawah tu dan jalan-jalan tengok sekitarnya. Sempatlah berposing kat bilik , kolam renang dan bahagian depan hotel tu. Dalam pukul 11.30 a.m kita check out dan terus balik ke Klang. Husband bawak relax aje dan berhenti setiap dua jam..akhirnya sampai Klang pukul 6.30 petang. Biasalah kat Klang tu jam teruk..sejak ada pembinaan jalan/jambatan baru kat depan Mydin tu.. ...Klang memang jam gila....bercinta klu nak ke bandar Klang sekarang nie....

Keesukannya kita t buat Cream Puff ...apalagi Izzati lama dah tak makan.
Lepas tu kita ada buat Kuih Kaswi Pandan.....ha ini kes terliur tgk kuih kaswi pandan Madiha......jom layan .......





Kuih Kaswi Pandan

Bahan-bahannya:-

11/2 cawan gula.
5 cawan air
11/2 cawan tepong gandum
1/2 cawan tepong kanji/ubi
1/2 cawan tepong beras
3 sudu makan air kapur
Beberapa helai daun pandan
Pewarna Hijau.
Acuan/loyang disapu minyak sikit.
Kelapa parut
Sedikit garam

Cara buatnya:
1. Masak gula pasir dengan 2 cawan air.
2.Blender daun Pandan dengan 3 cawan lagi air.
3.Campurkan air daun Pandan dan air gula kemudian bubuh pewarna.
4.Masukkan semua adunan tepong dan juga air kapur.
5.Kacau rata dan tapiskan adunan.
6.Kacau adunan tanpa henti atas api perlahan selama 5 minit.
7.Masukkan kedalam loyang atau acuan kecil.
8.Kukus sehingga masak.

(Note: Biasanya dlm acuan kecil macam ini kukus lebih kurang 10 minit dah masak. Klu pakai loyang lebih kurang 35-45 minit baru masak)





























Setakat ini dulu untuk entry kali ini........ada kawan pulak datang tu...nanti kita akan melawat fotopages kawan-kawan ye......sekian...salam mesra dan sayang buat semua....





© Pidgin Technologies Ltd. 2016