Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Cup cakes
Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
Cup cakes



Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Wednesday, 29-Oct-2008 23:22
CUP CAKES DAN PERGI RUMAH TILA.
Anak buah kita Gina yang tinggal kat Shah Alam hari tu ada kata nak cup cakes sebab anak perempuan dia yang teringin sangat nak cup cakes. Buat cake chocolate katanya.So hari ini rasa rajin lagi pun macam free aje so kita pun buatkanlah cup cakes lagi pun hari nie nak gi Shah Alam hantar kek untuk anak Tila. Semalam tak sempat ambil.

Kita malas nak bancuh icing so hanya letak topping chocolate warna oren dan chocolate rice tabur gitu aje. Very the simple and easy. Ini cup cakes yang kita buat.





Ini dia resepi kek yang kita buat tu...

Chocolate Moist Cake
(Sumber; Chef Farid)

Bahan-bahannya:
1.Kuning Telur 5 biji, 130 gm Gula, 25 Ml Susu UHT
2.180gm Butter.
3.32 gm Serbuk Koko
4.130 gm gula, 5 biji Putih Telur
5.150 gm Tepung, 5 gm Baking Powder, 5 gm Soda Bicarbonate
Sedikit Chocolate Emulco (Kalau suka)

Proses Membuatnya
1. Adunkan No. 1 selama 1 minit – medium Speed.
2. Masak No.2 hingga cair, kemudian masukkan 3, kacau hingga sebati
3. Adunkan 4, pukul hingga kembang – guna high Speed.
4. Akhir sekali masukkan semua bahab dan adunkan hingga sebati
– guna low speed.
5. Masukkan adunan dalam acuan (Loyang atau Mangkuk kertas)
6. Bakar hingga masak. Bila cucuk tak lekat. (Suhu lebih kurang 170’C)

Sejak Tila tinggal Shah Alam inilah kali pertama kita sampai rumah dia. Itu pun dia dah siap tunggu depan Selangor Medical Centre dan ikut dia kerumahnya di Seksyen 19 tak salah.Kita tak boleh lama sekadar singgah kejap nak hantar kek dan kena balik cepat sebelum pukul 5.30 ..nanti nak ke Klang elak kena jam yang teruk itu pun Tila sibuk nak hidangkan air dan sebagainya. Tila bagi kita tapau jemput pisang dan rojak yang dia beli lagi. Dirumah Tila kita kenan dengan pokok bunga raya yang cantik warnanya. Jarang jumpa nie. Berkenanlah pulak..itu mak mertua dia tanam beli pokok masa gi Cameron Hingland dulu2. So kita kata kalau boleh tolong semai sepokok untuk kita. Begitu juga Pokok bunga Lilynya yang warnanya macam bunga raya tu jugak...cantik....
Pantang tenguk bunga dan pokok...kalau dah berkenan tu......tak tau nak cakap........








Ini Rojak yang Tila kasi Tapau buat balik.


Nasib baik sempat sampai rumah on time untuk jemput Zakwan dari sekolah agamanya dan jalan belum jam teruk lagi .





© Pidgin Technologies Ltd. 2016