Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Kek Mini
Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
Kek Mini



Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Tuesday, 21-Oct-2008 01:53
HAPPY BIRTHDAY TO ME
21.10.2008 adalah harijadi kita yang ke.........malu nak sebut dah tua dah....(yang kenal kita mesti tahu punyakan) Untuk itu kita telah membuat sebiji kek........
ala Mini kek aje...untuk mengingatinya.

Di kesempatan ini terima kasih buat adikku Suri yang masih ingat tarikh hari lahirku dan juga kawan-kawan yang masih mengingati dan mendoakan kebahagian dan kesejahteraan hidupku. Masa berlalu begitu cepat disamping usia yang terus meningkat...semoga apa yang kulakukan akan sentiasa mendapat berkat. Kemaafan ku pohonkan pada sesiapa juga termasuk suamiku, anak-anakku, adik-beradikku, adik iparku Nik yang berada di Kuantan, Ka di Kemaman, dan buat abang iparku di Trengganu iaitu Uztaz Lah, Abang Ya dan buat abang iparku di Klang Ahmad Din, Kakak iparku Kak Idah, Pak Cu dan Mak Cu, Mak Busu dan Pak Busu di N.S dan ramai lagi termasuk anak-anak buahku baik sebelah keluargaku dan suamiku begitu juga saudara mara yang lain dan rakan taulan semua. Oh ya tak lupa sepupu yang rapat denganku Normi. Sebagai manusia biasa kita tidak llari dari melakukan kesilapan dan mungkin ada tutur bicara kita yang menyentuh hati seseorang yang mungkin bagi kita tidak ada niat apa-apa sekadar percakapan biasa ketika tengah marah atau berlaku ketegangan dan usahlah perkara yang hanya sekecil itu dijadikan asas untuk terus berkecil hati dan berdendam. Di hari baik dan mulia ini ku mohonkan beribu kemaafan (terutama buat Nik di Kuantan) dan lupakanlah perkara lalu agar ikatan siratul rahim dan persaudaraan terus kekal . Sesungguhnya disini ku maafkan semua orang tak kiralah samaada mereka sedar atau tidak perbuatan mereka itu melukai hatiku atau tidak. Siapalah diriku ini hanya seorang hamba Allah yang lemah dan sesungguhnya setiap yang berlaku itu ada hikmah sisebaliknya dan Allah itu yang maha pengasih dan penyayang sentiasa memaafkan hambanya inikan diriku yang hanya manusia biasa. Semoga hidupku dipenuhi kedamaian dan dijauhi dari kebencian dan dendam sesama insan di dunia ini. Semoga hidup sentiasa dirahmati dan mendapat berkat Illahi .

Syukur kepada tuhan sehingga usia ini hidupku sentiasa dipermudahkan Illahi ketika menghadapi kesulitan dan hidupku sekeluarga sentiasa dilimpahi kegembiraan dan dimurahkan rezeki moga hidup kami sekeluarga sentiasa kekal bahagia serta sihat walafiat sentiasa. "Amin...."

Ini dia kek Birthday kita yang cincai aje tu........










KEK OREN KISMIS
Bahan-bahanya.
250gm tepung berserbuk penaik
200 gm gula Castor
125 gm mentega
3 biji telur
1 Sudu besar parutan kulit limau
1 sudu besar jus oren
Sedikit Kismis

Caranya:
1.Putar mentega dan gula kastor hingga kembang
2.Masukkan parutan kulit limau dan jus oren,Putar lagi hingga sebati.
3.Kemudian masukkan telur satu persatu sambil dikacau rata.
4.Akhir sekali, masukkan tepung dan kismis. Gaul adunan sebati.
5.Tuangkan adunan kedalam acuan kek .Bakar dalam oven dgn suhu 160'C selama 40 minit atau hingga masak. Cucuk tak lekat tu kira masaklah.

Oh ya hari ini kena dapat order cara berlauk sebanyak 250biji nak pukul 8.30 pagi. Alhamdullilah sempat disiapkan on time...tapi pukul 3.30 pagi dah kena bangunlah. Nasib baik dah set time kat H/Phone letak tepi bantal..baruleh terjaga...klu tak berbunyi habislah...kita..lari customer nanti......Terlupa nak snap gambar bila siap pack.





(Kenangan Raya tahun lepas nie)


Ayah & Ira.

Cukup setakat ini semoga bertemu lagi dilain entry (kita edit aje tarikhnya)









© Pidgin Technologies Ltd. 2016