Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Nasi Dagang
Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
Nasi Dagang



Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Monday, 20-Oct-2008 17:11
Nasi Dagang dan Ju sekeluarga datang berhariraya.
Bulan syawal masih terasa dan banyak lagi rumah member yang kita tak pergi dan member yang belum datang lagi. Kadang dia call nak datang kita pulak ada hal..kuih raya dah hampir pupus esuk lusa pupus terus. Hujung syawal nie ..baru rasa nak makan biskut raya...lagilah cepat pupusnya.....kejap2 rasa nak ambil kuih raya nak makan..apalagi bila ngadap TV tu.

Hari ini 20.10.2008 Ju dah janji nak datang raya kat rumah sebelah malam. Ju pernah kata dulu nak makan nasi dagang. So lansung dia nak datang sekeluarga kita pun masaklah nasi dagang. Lagi pun dah lama tak buat nasi dagang nie. Pencuci mulutnya agar-agar Fruit Cocktail dahlah. So sebelah pagi pergi pasar cari ikan tongkol (ikan aye) nasib baik ada dan bahan2 lain utk buat nasidagang. Lepas tu balik rumah, pukul 5 petang baru kita start buat projek nasi dagang nie. Dah buat nasi dagang mestilah masak gulai ikan tongkol dan acar.Alhamdullilah sedang eluk masak nasi tu lepas waktu magrib. Lega rasa bila Ju dan anak dan suaminya kata nasi Dagang kita buat tu ...s........p. Masa balik kita bagi Ju tapau buat balik sikit. Tak lupa hantar sikit rumah kak Ana (Sifu masak kita) rasa. Dia pun kata o.k.

Ini dia nasi dagang (Trengganu) dan agar-agar fruit cocktail yang kita buat......





Ini dia resepi Nasi Dagang yang kita buat.

Nasi Dagang Putih

Bahan-bahannya:
4 1/2 Tin susu beras Basmathi
¼ Tin susu beras pulut
4 ulas bawang merah dan 1 cm halia (dihiris)
1 susu besar halba
Garam secukup rasa.

Caranya:
Beras dan pulut dicampur, basuh dan rendamkan sekurang2nya 3 jam.
Biasa malam rendam besuk pagi buat. Kelapa diambil 2 cawan santan pekat
Dan tiga cawan santan cair. Beras ditoskan dan dikukus hingga separuh kembang.
Lepas tu angkat dan gaulkan dengan santan cair dan kukus sekali lagi . (Note:kalau nak
Cepat gunakan air panas gantikan santan cair dan biarkan kembang dalam bekas selama 10 – 15 minit.
Lepas tu toskan dan kukus hingga nasi masak. Lepas tu angkat dan gaulkan dengan santan pekat tadi bersama garam, hirisan bawang merah ,halia dan halba. Kemudian kukuskan sekali lagi tapi dalam 10 minit je cukup sekadar ia berwap. Kemudian dah boleh tutup api dan sedia untuk dihidang.

Ini pula resepi untuk buah kuahnya.

Kuah Nasi Dagang.

Bahan-bahannya:
1/2-1 1/2 kg ikan tongkol/aye atau tenggiri pun boleh
2 biji kelapa (ambil santannya)
1 mangkuk cili (dah diblender)
1 Mangkuk Bawang Merah (Diblender)
3 sudu besar makan ketumbar
3 sudu besar makan jintan manis
3 Labu bawang putih (Blender sekali)
Halia 1 inci dan Lengkuas 2 inchi (Diblender)
Sedikit Gula Merah (klu suka), Garam dan serbuk perasa.
5 keping Asam Keping (masuk masa rebus ikan)
Sedikit kayu manis dan sebiji bunga lawang
Beberapa biji cili merah/hijau
Dua tiga genggam cili api (Klu suka)

Cara-caranya:

1.Ikan yang dah dibersihkan dipotong dimasuk dalam periuk kemudian masukkan asam keping dan 1 sudu besar garam , masukkan air dalam ¼ atau setengah tinggi paras ikan dlm periuk. Bila mendidih tutup api.
Kalau nak sedap hari ini masak ikan besuk baru buat kuahnya.

Masukkan minyak dalam periuk dan biar ia pijar.Kemudian masukkan kayu manis dan cengkih ,masukkan bawang biar naik bau kemudian masukkan rempah ketumbar dan jintan manis (Gaul sedikit dgn air) biar naik bau. Lepas tu masukkan cili gaul rata biar mendidih dengan minyak tu.Lepas tu masukkan air rebusan ikan . Tenguk keadaan bubuh dalam dua cawan air rebusan air ikan tu, masukkan santan dan biar mendidih, lepas tu masukkan gula merah, klu masih tawar letakkan garam,serbuk perasa klu suka. Biarkan ia sebati dan medidih. Kalau Nampak kuah pekat sangat masukkan lagi air rebusan kedalamnya(klu takda) air pun boleh. Kalau tak cukup rasa masam blh tambah air asam jawa sikit. (Ikut selera memasing) Biarkan adunan sebati dan betul-betul mesra hingga santan pecah minyak. Akhir sekali masukkan semua jenis cili kedalamnya. Lepas tu tutup api dan boleh hidang.





Inipun nanti kita tepek resepinya. (bila free sikit nanti)

Ini Gambar yang sempat dirakam masa Ju sekeluarga(Shafa takda) dtg rumah.




© Pidgin Technologies Ltd. 2016