Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Goreng Ikan Bilis Telur
Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
Goreng Ikan Bilis



< Previous

Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Friday, 17-Oct-2008 04:12
Syawal masih terasa.
Bulan Syawal masih terasa hangatnya lagi. Sana sini ada open house dan biasanya lepas -lepas raya nanti nie budget masing-masing dah lari. Apa tidaknya ramai yang belanja sakan nak sambut raya. Tiba hujung bulan nanti mulalah yang rasa perit nak menunggu gaji yang baru masuk. Jadi disini ada dua masakan yang cepat dan murah serta sedap untuk jimat belanja. Masakan itu ialah Ikan Singgang Trengganu yang kita masak pada hari khamis lalu dan Goreng Bilis campur Telur yang kita masak hari ini (17.10.08) Mungkin ramai yang dah tahu masak masakan ini .Rasanya ada jugak yang tak tahu.

Jom lihat apa yang kita masak setakat ini 17.10.2008 itupun mana yang sempat ambil gambar. Kadang dah siap makan baru ingat ..alamak lupa snap gambar.....

Hari ini (Jumaat) kita masak goreng ikan bilis dan telur. Sebelum tu kita ada dapat tempahan untuk kuih cara berlauk 100 biji nak pukul 11.00 pagi. Kemudian kita buat Puding Custard Jagung. Kak Long biras pada kakakku Ana call kata nak datang. So kebetulan ada pasar. malam ..suruh husband belikan beberapa bungkus mee sup dan roti John.







Ini dia resepinya :

Goreng ikan Bilis Telur.

Bahannya: (Semua bahan boleh buat ikut suka - ini contoh yang kita buat je.)
Ikan bilis dalam 1/2 atau 1 mangkuk kecil (ikut suka)
3 biji telur (ikut suka)
Cili api (klu suka pedas)
Cili hijau dan cili merah.
Bawang Besar - 1 biji (lebih pun boleh)
Bawang Putih 1 ulas dahlah.
Halia sikit.
Asam Jawa sikit.
Garam, Gula dan serbuk perasa kalau suka.

Caranya:
Goreng ikan bilis kemudian ketepikan.
Goreng telur macam buat scramble (hancur2kan) ketepikan.
Semua cili, bawang, halia dihiris.
Kemudian panaskan kuali letak sedikit minyak dan tumiskan bahan yg dihiris.
Lepas tu letakkan telur , masukkan asam jawa, garam dan gula.Gaul rata.
Lepas tu masukkan ikan bilis. Gaul rata dan angkat.
(Note; Ikan bilis letak kemudian supaya ia kekal rangup)
Rasa masam,manis dan masin inilah yang meyelerakan.

Cubalah pada yang tak pernah buat tu.





Ini dia gambar sempat diambil masa kak Long datang rumah.



Pada 16.10.2008 kita teringin nak makan ikan singgang. Dah lama tak buat. Masakan ini sebenarnya kalau dengan ikan Aye (ikan Tongkol) barulah kena. Tetapi tak jumpa ikan Aye kita pun buat dengan ikan sardin nie. Ikan nie manis selain di goreng bolehlah masak buat ikan singgang.





Resepi Ikan Singgang (Trengganu)

Bahannya:
Ikan (Dalam 6 ekor)
7 ulas Bawang putih
3 ulas Bawang merah (Tak letak pun takpa)
1 inci Lengkuas
Halia sikit ( Tak letak pun takpa)
1 inci kunyit hidup
Asam Keping - 3 0 4 keping
Beberapa biji cili hidup hijau dan Cili padi.
7 cawan air.
sedikit serbuk kunyit
Garam.

Caranya :
Sangat senang. Masukkan ikan dalam periuk.
Setelah itu masukkan semua bahan kecuali cili hidup.
Jerangkan atas dapur hingga mendidih. Letakan cili api/padi dan cili hidup hijau.
Kemudain tutup api.
(Note; Bila nak makan patahkan cili api dalam kuah - lagilah sedap)
Lauk ini lebih sedap dimakan sehari lepas dimasak. - jimat.. klu masak lebih esuk panaskan saja ..dah boleh makan lagi)

15.10.2008 kita masak Daging Goreng Berlada dan Sup Sayur serta buat kuih Kaswi.





Resepinya: DAGING GORENG BERLADA.

500gm daging (bahagian lembut macam batang pinang atau kurang urat)
3 genggam cili kering }(Anggaran kalau blender dapat 1 mangkuk)
6 ulas bawang merah }
2 ulas bawang putih } * 4 bahan ini blender sekali -senang kerja.
1 inci halia }
2 biji bawang besar - di hiris nipis.
Air secukupnya
Air asam Jawa secukupnya
Garam sesedap rasa.
Serbuk Perasa sikit kalau suka
Gula sikit.
Minyak masak secukupnya.

Caranya:
Panaskan munyak dalam kuali. Masukkan cili,bawang,halia yang dikisar semua sekali.
Tumis sekejap kemudian masukkan daging yang dah dipotong. Kemudian masukkan air
dalam 3 gelas. Kacau rata. Kemudian biarkan hingga cili naik minyak dan daging jadi empuk. Kalau daging tak empuk air dah nak kering tambahkan lagi air hingga daging empuk dan kuah jadi pekat dan berminyak. Lepas tu masukkan garam, serbuk perasa,gula dan air asam jawa. Biarkan mendidih lagi. Kemudian masukkan bawang besar kacau rata sebentar dan tutup api. Hidangkan.





Kuih Kaswi ini memang sedap .

KUIH KASWI
(Sumber : Sis Blackmore)

Bahannya:
1 cawan gula pasira
1 ketul gula melaka
5 cawan air
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung kanji
1/2 cawan tepung beras
3 sudu makan air kapur
1 sudu makan coklat paste ( tak letak pun)
daun pandan.
Kelapa putih saja - (gaul sikit garam)
Sapukan acuan atau loyang dengan sikit minyak makan...senang tanggal dari acuan.

Caranya:
1) Gunakan 2 cawan air untuk memasak gula melaka dan gula pasir bersama daun pandan tadi..masak hingga gula larut ..tapiskan .lepas tu masukkan baki 3 cawan air kedalamnya dan ketepikan.
2)Bila sejuk , masukkan semua bahan tepung dan kacau rata-rata dan campurkan air kapur..tapiskan adunan ini ..
3)Lepas tu panaskan adunan ini atas api yang perlahan selama 5 minit tanpa henti mengacaunya.
4)Tuangkan adunan ini dalam acuan. Kalau dalam loyang tu kukus 45 minit dan acuan kecil tu 10 minit dah masak.
5) Bila sejuk potong dan gaulkan dgn kelapa .

Ini pula gambar Pak Cu ,Mak Cu, Mus dan Dila yang datang rumah beraya....hari tu.



Setakat ini dulu nanti sambung lagi.....

Oh ya pernah jumpa majalh nie tak?



(Bersama Pembaca warta berita TV3)




© Pidgin Technologies Ltd. 2016