Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Biskut Mazola
Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
Biskut Mazola



< Previous

Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Wednesday, 24-Sep-2008 03:43
HARI KE 24 BERPUASA - 6 HARI LAGI NAK RAYA.
Nampaknya dah semakin dekat nak raya ye. Ramailah yang sibuk menyediakan persiapan diwaktu begini . Kita pun banyak benda tak dikemaskan lagi. Beli baju raya pun belum...ingat esuk nak gi shoppinglah...itupun kalau ada mood. Tahin nie kita sambut raya ala kadar je.....

Oh ya....sempena Hari Raya yang mulia ini kita telah menyediakan Kad yang tak seberapa ini untuk kawan-kawan yang kenal dan baru kenal.....

Silalah ambil kad raya nie......pada yang sudi ya!



Dibawah ini pula lihatlah masakan dan kuih raya yang telah kita buat baru-baru ini.

Puding sago atau Sago Cream ini memang enak untuk menyejukkan tekak apalagi waktu cuaca yang agak panas kebelakangan ini. Sago Cream ini kita makan dengan susu cair, gula merah dan kacang merah.





Ini pulak namanya biskut Irish...resepi dari majalah Saji (Sep/2008) dan Fotopages Mak Lang pun ada juga resepi ini. Kita buat guna dua acuan berlainan.





Biskut Irish
Sumber : Majalah Saji (Sep/2008)

A.
180g butter
130g gula castor
20g shortening
1 biji kuning telur
1st nescafe
1st esen coffee

B
1/2st baking powder }
200g tepung gandum } ayak
100g tepung ubi }
40g nestum (kisar )

Hiasan: kuning telur – sapuan, Kuaci hijau dan Coklat chips atau choc.rice.

Cara

1.Putar bahan A sehingga sebati.Masukkan Bahan B dan gaulkan sehingga sebati.
2.Uli sehingga menjadi doh.
3.Canai dan terapkan mengikut acuan
4.Sapukan kuning telur (kita tak letak pun) dan hiaskan dgn kuaci hijau dan choc.chip/choc. rice.

Ini dia biskut Mazola..first time buat kalau tidak beli aje...kita tukar stail acuannya..biasa biskut nie acuannya bentuk bulat tu.. zaman dah berubah...kita pakai acuan bentuk "Diamond" pulak. Amacam..ok gak ...asyik bulat je.....nampak macam biskut Mazola lagi dari jauh tu........





Cubalah resepi ini..memang sedap dan menjadi....

BISKUT MAZOLA
Bahannya:
450gm tepung gandum.
250gm mentega kacang yg kasar sikit.
200 gm minyak masak mazola
200 gm gula aising
25 gm tepung Hoe Kwee
sedikit garam halus.

Caranya:

1. Masukkan semua bahan dan uli jadi doh. Kemudain bentuk doj mengikut acuan.
2.Sapu kuning telur dan bakar pada suhu 180'c.

Ini pulak biskut jenis guna quaker Oats kita ambil dari Fotopages Mak Lang. Rasanya ranggup dan enak..anak kita Zakwan suka makan biskut nie....kerana ada rasa coklat dan ranggup kemudian lemak manis kerana disalut susu tepung campur gula aising.






Milky Milk Choc. Cookies
Sumber : Baya (dari FP Mak Lang)

Bahan A
225 gm butter
135 gm gula kastor
1 biji kuning telur
1 sdt esen vanilla

Bahan B
20 gm tepung kastad
250 gm tepung gandum
75 gm tepung jagung
100 gm quaker oat atau roll oat (dibakar kejap)
2 sudu makan serbuk koko

Cara
Putar gula dengan butter hingga sebati.
Ayak bersama kesemua jenis tepung dan serbuk koko, masukkan oat.
Masukkan telur kuning dan vanilla ke dalam adunan butter tadi. Gaul rata dan masukkan tepung tadi dan uli hingga sebati.
Canai adunan mengikut acuan kesukaan dan bakar. Setelah biskut sejuk barulah di salut dengan susu tepung tadi.

Teknik Hias: Atas biskut di dzrill dgn coklat cair & diayak dgn susu + icing sugar .

Terima kasih untuk resepi nie ya Mak Lang.

Sempat snap gambar lauk yang kita masak untuk berbuka petang hari tu....
Sejak buat kuih nie asyik terlupa nak snap gambar lauk yang kita masak......terlepas aje..



Biskut Almond London memang kegemaran budak2 dan ini paling laris kalau hari rayakan ..pasal budak2 mesti ambil biskut nie kalau ada atas meja..begitu juga anak2 kita...tahun lepas beli 2 bekas sekejap habis...so tahun nie..leceh2 pun kita buatlah...untuk anak-anak makan.





Resepi yang saya gunakan:

ALMOND LONDON.

Bahan-bahannya:
250gm mentega
130gm gula aising
450gm tepung gandum
2 kuning telur
Badam secukupnya (Bakar atau goreng tanpa minyak dahulu)
Badam cincang (kita takda - guna coklat rice dan manik aje untuk hiasan)
Coklat masak secukupnya.

Cara Membuatnya:
1.Pukul mentega dengan gula sampai kembang dan gebu.
2.Masukkan kuning telur dan tepung gandum
3.Buat-bulatkan badam ikut bentuk kesukaan kemudian bakar pada suhu 180'C
hingga kekuningan.
4.Bila biskut tadi sejuk, letak dalam acuan kertas dan sudukan coklat yang telah dicairkan atasnya.
5.Hiaskan atasnya dengan badam cincang (kita hias dgn manik dan Coklat rice aje)
6.Bila coklat dah keras baru masukkan dalam bekas kedap udara.

Rasanya ini resepi biskut terbaru untuk raya tahun ini....Namanya Biskut Strawberi Lovely - ambil dari Majalah saji Sep/2008. Agak cerewet membuat biskut ini tapi dek kerana melihat rupanya yang comel tu ...teringin pulak nak cuba....buat tak banyak satu adunan aje...cubaanlah katakan..tapi oklah rasa biskut ini agak ranggup dan rasa strawberi. Rupa biskut kita buat taklah secantik dlam majalah tu. Kita pakai warna pink..





BISKUT STRAWBERI LOVELY

Bahan A

250 gm mentega
100 gm gula castor
2 biji kuning telur
1 susu kecil pes strawberi
1 sudu kecil pewarna merah (kita guna warna pink)

Bahan B
350gm tepung gandum
20gm tepung kastad
40gm tepung jagung
30gm tepung beras
1/8 sudu kecil empleks
30gm susu tepung

Hiasan:
Coklat putih
Kelapa kering
Kepingan berbentuk hati.

Caranya:
1.Putar bahan A hingga sebati.Masukkan semua bahan B kedalam adunan mentega dan gaulkan sebati hingga menjadi doh lembut.
2.Canai doh dan terap dengan acuan bentuk Love. Bakar pada suhu 150'C selama 15-20minit.
3.Biarkan sejuk kemudian celupkan permukaan biskut kedalam coklat putih dan taburkan dgn kelapa kering dan letakkan kepingan berbentuk hati ditengahnya.

Lepas buat biskut diatas kita pun buat biskut chocolate chip. Ini antara resepi chocolate chip yang rasanya enak dan ranggup.





CHOCOLATE CHIP

Bahan-bahannya:
250gm buttercup
200gm gula perang
100gm tepung jagung
190gm tepung naik sendiri
10gm serbuk koko
100gm serbuk badam hancur
200gm chocolate chips
1 biji telur
1 susu besar esen vanila
60 gm susu tepung.

Cara membuatnya:
1) Butter dan gula perang dipukul hingga sebati,masukkan telur,tepung jagung,tepung naik sendiri,serbuk koko,susu tepung dan esen vanilla.
2)Gaul rata dan akhir sekali masukkan badam hancur dan chocolate chips.
3) Sudukan adunan dalam dulang dan bakar hingga masak.

Malam tadi sempat buat satu jenis kuih lagi iaitu "Biskut Kelapa Seri Hjau"





Biskut ini bukan saja cantik dipandang tapi rasanya memang sedap..cubalah ....

BISKUT KELAPA SERI HJAU

Bahan-bahannya:-

3 cawan Kelapa kering
2 cawan marjerin (mentega pun boleh)
2 cawan gula castor
3 cawan tepung gandum}
1 cawan tepung jagung} diayak sekali semua jenis tepung dan Baking powder.
2 cawan tepung ubi}
1 sudu besar baking powder}
4 biji kuning telur
1 sudu besar esen vanilla
2 susu besar pewarna hijau epal

Hiasan
Kelapa kering
Gula kristal hijau

Cara membuatnya:
1) Pukul gula dan marjerin hingga gebu masukkan telur kuning, sesn vanilla dan pewarna hijau.Pukul sebati sekali lagi.
2)Masukkan semua tepung gandum dan baking powder dalam adunan marjerin tadi..gaul rata hingga menjadi doh.
3)Terapkan dengan acuan yang disukai. Taburkan kelapa kering kemudian Gula Crystal bewarna hijau.
4)bakar pada suhu 150'C selama 15-20 minit.

Aduhai penatnya.....dah lama kita mengadap PC nie....oklah cukuplah setakat ini ....
nanti sambung lagi......

"Selamat berbuka puasa semua"












© Pidgin Technologies Ltd. 2008.