Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Ayam masak lemak cili padi.
Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
Ayam masak lemak



< Previous
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Tuesday, 23-Sep-2008 04:13
Jom buat kuih rayalah pulak....(Lama tak jenguk sini)
Tak lama lagi nak raya. Hari ini dah 23 hari kita berpuasa ya. Lamanya tak jenguk sini bukan apa...lately nie macam panas aje suka minum ais bila berbuka lepas tu penat semacam je....nak ngadap PC pun rasa malas. Lagi satu kita dah mula buat kuih raya.

Sebelum tu Kak yatie dengan bangganya dan berbesar hati mengucapkan terima kasih buat Fiza yang sudi kongsi hadiahnya degan Kak Yatie dan kepada Zira yang sudi beri Kad Raya nie buat kak Yatie......

Ini dia hadiah Fiza yang dikongsi dengan Kak Yatie.


Kad Raya Pertama terima dari Zira


Bilalah pulak kita nak buat kad raya kita ye...tak nak janji..takut takleh buat....tenguklah dulu...

Jom tenguk kuih raya dan masakan yang kita buat beberapa hari ini. Kerana dah buat kuih raya masak masa berbuka pun lebih kurang aje dan kadang tak masak beli aje. Banyak gak yang tak sempat nak ambil gambar...apa-apa pun ini aje yg kita updatekan dulu nanti sambung lagi......

Pada 16/09/08 kita buat biskut bijan dan Biskut sarang semut. Masakan berbuka lauk udang masak gulai tempoyak.





Resepinya:

Biskut Bijan.

Bahannya:

2 - 3 cawan bijan (digoreng tanpa minyak sebentar)
2 cawan Marjerin (Mentega pun blh)
2 cawan gula Castor (Gula Halus pun boleh)
4 cawan tepung Gandum
2 cawan Tepung ubi
4 biji kuning telur
2 susu kecil baking Powder
1 sudu besar esen vanila.
Caranya:
Pukul gula dan Marjerin hingga sebati. Masukkan Kuning telur dan esen vanila dan pukul sebati. Kemudian masukkan semua jenis tepung dan baking powder yg telah diayakkan terlebih dahulu kemudian masukkan bijan.Gaul rata dan jadikan dough. kemudian terap dgn acuan yang disukai

Pertama kali buat kuih Sarang Semut . Rupanya sedap jugak kuih nie..anak kita Zakwan dan Ira bukan main lagi suka makan kuih nie..bila berbuka aje cari ......
Ini kita buat ikut resepi Kak Liza (Hanieliza) ..memang enak rasanya......





BISKUT SARANG SEMUT
Bahan
250 gm butter
100 gm gula halus
350 gm tepung gandum.....]
100 gm tepung jagung.......] di ayak
1 biji kuning telur
1 s/teh esen vanilla
hiasan
Sedikit coklat rice
sedikit manik gula kecil(warna-warni)
secukupnya paper-cup kecil

Cara
1. Pukul kembang butter dan gula.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul rata.
3. Masukkan tepung dan gaul rata.
4. Parutkan adunan kedalam mangkuk kecil dan sudukan kedalam paper-cup.
5. Taburkan coklat rice dan manik gula kecil.
6. Bakar dalam oven dgn suhu 180’C sampai masak (anggaran 15 minit).
7. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.\




Ini dia biskut kegemaran kita bunga dahlia. Biasa kita ada resepi lain tapi kali ini kita buat ambil resepi Kak Liza (Hanieliza). Sedap jugak resepi ini. Dah ngap masuk mulut banyak so buat lagi 2 kali . Baru dapat penuh 1 tabung besar.





BISKUT DAHLIA

Bahan
225 gm butter
110 gm gula ising
1 biji kuning telur
1/2 s/k esen vanilla
70 gm tepung jagung
120 gm tepung kastad
170 gm tepung rose/tepunng gandum
ceri merah sebagai hiasan

Cara
1. Gaulkan butter dan gula ising sebati.
2. Masukkan telur dan esen vanilla. kacau rata.
3. Ayakkan semua tepung dan masukkan dalam bancuhan butter sedikit demi sedikit.
4. Gunakan acuan dahlia dan pamkan dalam loyang.
5. Letakkan ceri merah ditengah adunan yg dipamkan.
6. Bakar dalam oven suhu 170'c selama 15 - 18 minit.
7. Sejukkan betul dan simpan dalam balang kedap udara

Kuih Tart ini satu kemestian kegemaran sekeluarga.....



Inti nenas kita warna tak mengacam...kerana dapat nenas muda.....

Kuih Tat
Sumber : ResipiNet

Bahan
250g butter
70g gula halus
1 biji telur } ambil kuningnya saje
1sk esen vanila
350g tepung gandum
50g tepung jagung
Inti nenas secukupnya.

Cara
Pukul butter + gula hingga sebati
Masukkan kuning telur dan esen vanila...kacau
Masukkan tepung gandum dan tepung jagung, gaul rata
Terap acuan letak inti nenas.
bakar dengan suhu 170 selama 15’...(ikut oven masing2)

Tak salah kita 13/09/08 hari anak buah sebelah suami kita Didie dan Dila ada datang berbuka puasa kat rumah. Hari tu rasa letih sangat kita masak lebih kurang aje iaitu sambl tumis ikan bilis, Sayur bayam merah dan goreng ayam drumnet dalam packet tu. Lain-lain beli aje. Sempat buat pengat keledek juga. Antara yang sempat diambil gambarnya.





Oh ya sebelum tu ada jugak yang order Cream puff.....



Ada buat Mee Sup......



Ini dia lauk kegemaran suami lama tak buat ....Ayam masak lemak cili padi.



Ini kes bosan makan nasi so kita buat Mee Goreng makan dengan ayam goreng. Bukan main selera lagi masa berbuka...hari2 nasi jemu jugak......





Sampai sini dahulu.......tengah ketagih uli kuih raya.......nanti kita updatekan lagi......






© Pidgin Technologies Ltd. 2016