Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Ikan Goreng Asam Jawa
Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
Ikan Goreng Asam



< Previous

Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Wednesday, 10-Sep-2008 14:48
Dah 10 hari kita berpuasa ya!
Salam buat semua! Diam tak diam dah 10 hari kita berpuasa ya. Dah dekat nak raya..nanti sibuklah buat kueh raya pulak. Ingat minggu depan nak start buat biskut rayalah ..utk makan sendiri aje dan tetamu ...tahun nie busy tak sempat nak buat sample biskut raya untuk jual..may be next year ..oops takleh janji nanti ..tengok keadaan..dulu.

Beberapa hari tak update...tak berkesempatan...busy konon.

Inilah dia beberapa masakan yang sempat dibuat dan diambil gambarnya dan antaranya ialah semalam kita dah berjaya buat pulut lepa (Pulut Panggang Trengganu) .Resepi ini kita dapat dari Madiha Fotopages. Terima kasih Madiha dan hasilnya kita dapat buat dan makan pulut lepa. Kita buat 1 kg. Banyak dapat so hantar rumah kakak dan semua kata sedap ....dan terkejut kakak kita .."ini pulut lepa Trengganu nie" .
Ada balance dalam 12 ketul kita frozenkan nanti klu nak makan bakar aje.

Masakan pada hari ke 9 ialah ialah ibarat Trengganu Special...kerana ada Pulut Lepa dan Lompat Tikam..dua2 nie masakan Trengganu. Kalau orang Trengganu tgk nie..agak2 teringat kat Trengganu kita ke dok..Dok tau lah dok ..tapi kita masok gok lauk sambal tumis udang dan sayur Bendi goreng dgn bilis je. (Masak cincai pasal dah penat bungkus pulut lepa dan kacau lompat tikam)







Ini dia resepi Pulut Lepa. (Sumber: Madiha Fotopages)

INTI PULUT LEPA
Bahan2
1 kg ikan selayang / ikan uji rashid / ikan kembung
1 sudu kecil garam & 4 keping asam keping (untuk merebus ikan)
½ biji kelapa (ambil santan pekat anggaran 2 cawan)
6 ulas bawang merah ~ dimayang halus
1 inci halia ~ dihiris memanjang halus
1 sudu kecil halba
garam & gula secukup rasa
serbuk perasa jika suka

Cara Menyediakan Inti

1. Rebus ikan dengan garam, asam keping & sedikit air.
2. Sejukkan ikan & asingkan isinya sahaja.
3. Tumbuk isi ikan hingga lumat (Kita masuk ikan rebus dlm food processor aje)
4. Dalam kuali.. masukkan santan, bahan2 hiris, halba, isi ikan, garam & gula secukup rasa.
5. Masak bahan2 tersebut hingga menjadi betul2 kering & berderai.
6. Angkat & ketepikan sedia utk digunakan.
PULUT LEPA aka PULUT PANGGANG VERSI TRENGGANU
Bahan2
1 kg pulut ~ direndam semalaman atau sekurang2nya 3 jam
1 biji kelapa ~ ambil santan pekat anggaran 3 cawan (kalau rasa kering sgt.. boleh tambah lagi)
garam secukup rasa
Daun pisang utk membungkus ~ potong anggaran selebar 7 inci setiap sekeping dan lap permukaannya.
Lidi yang dipotong runcing sepanjang 1 ½ inci (untuk cucuk daun pisang) atau boleh juga gunakan stapler saja.. (org dulu2 guna lidi)
kapur makan (untuk di lengserkan pd jari jemari utk mengelakkan pulut melekat2 pd jari)

Cara Menyediakan

1. Toskan pulut yang direndam tadi & masukkan ke dalam pengukus (elok guna pengukus lubang halus agar pulut tak jatuh jika pengukus berlubang besar.. alaskan dengan daun pisang). Kukus selama 30 - 40 minit.
2. Angkat pulut dan masukkan ke dalam besen dan arong dengan santan yg dicampurkan dengan garam. Kacau hingga rata dan kukus sekali lagi selama 30 minit atau hingga pulut masak.
3. Sediakan daun pisang (letak atas meja atau papan pencanai atau atas kekuda kalau buat kat lantai).
4. Sapukan jari dengan kapur makan agar pulut tak melekat pada jari. Sudukan anggaran 2 ~ 3 sudu besar pulut atas daun pisang dan ratakan. (rujuk pada gambar).
5. Sudukan inti anggaran 3 sudu kecil lalu balutkan inti tadi dengan pulut dengan beralaskan daun pisang. Pastikan inti tertutup dengan pulut dan berada ditengah2 pulut supaya inti tak berterabur waktu nak makan
6. Potong lebihan daun pisang kiri & kanan balutan pulut tadi anggaran 1 inci.
7. Dengan menggunakan jari.. tekan/cucuk2 pulut ke dalam balutan daun pisang tadi agar ia kemas & mampat.
8. Cucuk dengan lidi atau stapler untuk mengemaskan balutan.
9. Bila dah siap.. bolehlah dibakar menggunakan dapur gas ataupun arang.









Ini yang kita masak hari ke 8 puasa. Hari ini kita masak simple aje tapi berselra makan bukan main kerana ada ikan kembung goreng asam jawa cicah dengan air asam. Cara goreng ikan nie kita dapat dari kawan kita Ju..orang Melaka. Dia suruh cuba buat so kita buat dan hasilnya.. utk tekak kita memang sedap. Kita masak Sayur kacang buncis campur kubis goreng dgn udanglah pulak.





Cara Goreng ikan nie senang aje,

Bahannya:
Ikan kembung (Siap dibersihkan)
Asam Jawa. (kita guna Asam Jawa (dlm cawan) senang takda biji)
Garam.

Caranya:
Lumurkan ikan dgn garam, kemudian ambil asam jawa dan lumurkan pada ikan.
Perapkan sekejap kemudain goreng. Makan panas2 lagi sedap.


Air asam Jawa nie semua orang tau buat kan?



Oh ya...ini ada jiran order kuih lompang dan cara berlauk ..untuk buat buka puasa dan bagi anaknya. (Umie..jgn panggil kita Yatie Lompang ya!) Bulan puasa pun terselit jugak
dua jenis kuih nie....jgn jemu tengok dahlah ...



Pecal nie pemberian kawan kita.



Hari ke 7 puasa kita masak rendang ayam...yg simple dan cepat siap punya. Kita goreng sayur kacang buncis dengan sotong cincai aje. Lagi ape ye..ini aje kot...







Hari ke 6 puasa kita masak simple je iaitu Sayur pucuk paku, Daging goreng kicap dgn ubi Kentang dan Ayam goreng kunyit (Kegemaran anak kita Zakwan) Ada buat kek tapi tak sempat ambil gambar....






Note: Tertinggal huruf E...."KENTANG" tu.



Oklah .....lama mengadap PC uploadkan entry kali ini......jumpa lagi dilain entry....









© Pidgin Technologies Ltd. 2016