Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Sambal Tunis Ikan Bilis.
Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
Sambal Tunis Ikan



< Previous

Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Saturday, 6-Sep-2008 20:01
Adik Ipar datang berbuka.
Semalam adik ipar kita datang berbuka puasa kat rumah. Seronok berbuka ramai-ramai tapi tak sempat snap gambarlah masa makan tu...
Adik Ipar bawakan Ayam Goreng Panggang (Beli) , Daging Salai masak lemak (Ini pun tak sempat ambil gambar dek kerana dia datang waktu dah dekat nak berbuka).
So kita masak lauk simple aje iaitu sambal tumis ikan bilis..anakku Ira sound..mak dah lama tak buat sambal tumis ikan bilis so kita pun buat bagi memenuhi hajatnya. Pagi husband ada gi pasar dia beli sotong 1 kg. Macam mana nie Ira nak sambal ikan bilis sotong nak masak apa eh. Pilih punya pilih ..fikir punya fikir..kita masak rebus dgn serai aje. Masakan ini amatlah senang tapi bagi kita sedaplah apalagi dibulan puasa nie. Rasanya ini masakan stail Trengganu kot..arwah emak kita suka masak nie...so bila masak lauk nie teringatlah emak kita. Tak perlu letak bawang putih ..rasanya ala-ala tom yam tapi lainlah sikit..masam2 gitu..siapa yg tak pernah makan masakan ini silalah cuba.

Sebelum masak lauk tengahhari tu rasa teringin nak buat kuih (dah dua hari beli aje kuih) ..so pertama kali cuba buat kuih lapis kacang merah. Ini ambil resepi dari buku Talam & Lapis (Kak Hanieliza)
Kita suka kuih lapis yg lembut dan lembik sikit. Jadi resepinya kita tambahkan sikit sukatan santannya. (Asal 2 cawan santan) kita lebihkan 1/2 cawan santan.
Kuih lapis ini kita buat 2 adunan resepi dan dan dapat 3 loyang saiz bulat yang kecil sebesar piring kuih je saiznya. ( satu Loyang utk kakak kita Ana ) .
Yang mana dah makan kuih nie masa berbuka semua kata sedap...(termasuk kakak kita dan anaknya) Npknya lepas nie bolehlah ambil tempahan buat kuih lapis pulak ye?






Resepi yang saya buat (Modified dari resepi Kak Hanieliza)

Kuih Lapis Kacang Merah

5 cawan santan dari sebiji kelapa yang diperah.
2 cawan Tepung Gandum
2 cawan gula pasir
4 sudu makan tepung beras
4 sudu makan tepung kastard
2 sudu teh garam

Bahan B;
1 tin kacang merah (rebus kacang sendiri pun blh klu rajinlah)
2/4 cawan air
Sedikit pewarna

bahan c
2/4 air.

Cara membuatnya:

1) Kita blender aje semua bahan A tu kemudian bahagi dua.
2)Campurkan bahan B dalam satu bahagain dan kacau rata.
(kita guna kacang merah dlm tin ,letak atas sejat dan tuangkan air buangkan lendir kat kacang tu dulu ) baru kacau atau blender dgn air sekejap je..jgn sampai kacang jadi halus biar kasar2 sikit.
3)Satu bahagian lagi tu dicampurkan dgn air 2/4 cawan air je. Kacau rata.
4)Tuangkan satu setengah senduk (senduk saiz bulat besar tu) adunan warna merah dan kacang merah dalam loyang. (Klu loyang besar letak lebih ) Kukus dalam masa 10 minit. (adunan B)
5) lapiskan pula satu setengah senduk (senduk saiz bulat besar tu) adunan kosong dlm loyang.(Klu loyang besar letak lebih ) Kukus dalam masa 8 minit. (adunan C)
6)Ulangi proses hingga habis.
(Note: Lapisan akhir biarlah yang bewarna merah dan klu nak cantik utk lapisan atas sekali tambahkan pewarna biar kasi lebih terang lagi warnanya).









Sekian untuk entry kali ini.. "masak jangan tak masak"











© Pidgin Technologies Ltd. 2008.