Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Nasi Beriani
Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
Nasi Beriani



Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Saturday, 30-Aug-2008 01:03
NASI BERIANI,AYAM KERUTUB DAN ACAR.
Busy sikit baru pagi nak update masakan ini yang kita buat hari Jumaat baru-baru ini dan sebelum tu ada gak yg order kuih Lompang dan Cara Berlauk . Tiba-tiba aje rasa nak makan nasi beriani bila fikirkan puasa nak dekat nie masaklah best sikit. Ayam pun ada so bolehlah buat Ayam masak kerutub..pasal tak plan pakai buat aje bahan asas ada cukup..klu setakat daun pudina takda, buah keras takda,kacang peas takda..Sebenarnya banyak sungguh bahan sampingan yg takda nie..cili merah dan timun pun takda tapi kita still boleh replace benda lainkan. Akhirnya termasaklah jugak w/pun bahannya tak lengkap....

Oh ya terima kasih Zira sudi ajar kat mana boleh edit gambar...so sekarang nie kita pun dah mula mengedit gambar berbagai stail...he..he...seronoknya.....



Resepi Nasi Beriani.

2 pot beras Basmathi.
Air (sama tinggi level beras dlm bekas)
1/2 tin susu Ideal Milk
2 sudu besar tomato Puri (kita letak Tomato Sauce biasa (Maggie)
1 sudu besar rempah kurma atau rempah beriani.
5 sudu besar minyak sapi (kita pakai pure Ghee hijau tu)
Sedikit bunga lawang,buah pelaga dan kayu manis.
Garam secukupnya
Gula secukupnya.
Buah Gajus
Kacang Peas ( Kita takda kali nie)
Kismis (Takda tapi guna Mixed fruits byk kismis gak dlm tu.)
2 batang serai
4 helai daun pandan

Bahan di Blender: (Agak-agak aje pun boleh)

2 ulas bawang besar
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang Putih
11/2 inchi Halia

Cara masak:

Panaskan periuk (kita pakai rice cooker je klu sikit) kemudian letakkan minyak sapi.Bila pijar masukkan bunga lawang,buah pelaga dan kayu manis kemudian bahan kisar,rempah beriani atau kurma daun pandan,serai,limau purut tu dan tumis sampai naik bau. Lepas tu masukkan tomato sauce, garam dan gula. Lepas tu masukkan sukatan air yg sama level dgn beras tu biarkan mendidih. Lepas tu masukkan susu cair
biar mendidih lagi.Terus masukkan beras dan buah gajus dulu, kacau rata dan tutup periuk hingga nasi masak. (Caranya kalau periuk biasa letakkan kertas in between periuk dan penutup. klu air dah basah kertas tu tanda nasi dah nak masak dan kering - rice cooker klu punatnya dan naik atas-) Masa inilah bukak tudung periuk dan letakkan pewarna kuning, buah kismis,kacang peas dan kaup-balikkan nasi biar warna dan buah-buah rata sikit je. Ingat jangan kacau lebih nanti nasi jadi pecah macam hancur ..rupa tak cantik..balik balik dg senduk sikit aje lepas tu tutup periuk dan biarkan sehingga masak dan kering dlm anggaran 15-20 minit lagi. Siap bukak tudung baunya semerbak...



Kerutub Ayam
Resepi Kak Lizal

Bahan
1 ekor ayam [1.5 – 2.0 kg]
80 gm rempah kerutup [ dibancuh dgn sedikit air]]
800 ml santan [ 1 biji kelapa]
30 gm gula merah
30 gm kerisek
80 ml minyak untuk menumis

bahan kisar
100 gm bawang merah goreng
2 biji buah keras (takda tukar biji gajus)
2 cm halia
2 cm lengkuas
3 batang serai
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

Cara
1. Tumiskan bahan kisar sehingga garing.
2. Masukkan rempah. Kacau sehingga sebati.
3. Masukkan ayam, kerisek, garam gula dan santan. Biarkan sehingga mendideh
4. Masakkan sehingga kuah pekat dan ayam lembut.
5. Pastikan kacau sekali sekala.
6. Hidangkan dengan nasi,roti atau apa-apalah



Resepi Acar

Bahannya:

Timun ( takda timun hari tu)
Senkuang
Lobak Merah
Cili hijau dan Merah (takda letak cili api kecil tu aje)
Bawang merah atau bawang besar dimayang halus.
Cuka secukupnya.
Garam dan Gula secukupnya

Caranya:
Potong timun dan buang tengahnya. Potong nipis semua sayuran diatas.
Didalam mangkuk.Letak cuka,gula,garam,cili dan bawang gaul sebati lepas tu masukkan sayuran yg dipotong tadi dan perapkan sekejap sebelum makan.

Ini dia order Kuih Lompang dan Cara berlauk hari tu...jgn pangiilku Yati Lompang dahlah.










© Pidgin Technologies Ltd. 2016