Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]



Mail this Foto to a friend



Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Thursday, 21-Aug-2008 13:06
PANDAN LAYER CAKE.
Pertama kali buat pandan layer cake. Ini pun teruja melihat resepi dan gambar dari FP
Umieaisyah. Cake pandan layer nie memang kegemaran kita dan anak-anak juga. Rupanya taklah susah sangat nak buat cuma kena rajin sikit aje dan sabar. Pada pandangan kita lain kali kalau buat kena buang kerak dan potong tepi kek span biar jadi warna sekata hijau without the kerak kek colour and sama saiz . Inilah dia bila dah siap dan potong baru tau mana yang tak kena. Hope next time buat rupanya akan jadi lebih cantik dan kemas. Walau bagaimanapun first time buat untuk makan sendiri rasanya oklah tu. Oh ya kek span yang kita buat hanya boleh belah tiga aje .Tak tau mana silapnya resepi yang sama mungkin saiz acuan kita lebih besar dari umie punya kot. Betul kata Umie kita guna acuan yang sama balik kerana kek ini dia mengecut bila sejuk. Anyway Umie thanks for the recipe .

Ini dia rupanya kek Pandan Layer yang kita buat....











Resepinya seperti dibawah:

Mula-mula sediakanlah sebji kek Span dan dibelah 4 (kita punya belah 3 aje)

Bahan buat kek Span:

5 biji telur grade b atau 4 biji yg grade A
250gm tepung sponge mix
1 sudu besar ovalette
60 ml air
60 ml minyak jagung
1 sudu teh pes pandan (atau ambil dari daun pandan yg dikisar-lbh wangi baunya)

Caranya:
Panaskan oven.
Pukul sponge mix ,telur dan ovalet pd kelajuan tinggi hingga gebu dan pekat.
Tambah air dan pes pandan dan pukul lagi.
tambah minyak dan pukul pada kelajuan rendah sahaja.
Bakar selama 35 minit pada 180 degree celcius.
Lepas siap dibakar..segera terbalikkan kek ke atas jaring selama 5 minit.
Keluarkan dari acuan dan sejukkan.

Untuk Custard:
800ml santan + daun pandan - 4 helai
(Kita ambil santan kotak 250ml campur air jadi sehingga 800ml kemudian masukkan
daun pandan blend dan tapis)
1 sudu besar sebuk agar-agar
1 cawan gula
8 sudu besar Tepung Hoen kwe warna hijau/biasa pun boleh.
1 sudu teh garam.

Caranya:
Masukkan semua bahan diatas dalam satu periuk dan masak sambil mengacau adunan tanpa henti hingga adunan jadi pekat dan likat.

Cara melapis pandan Layer Cake. (Untuk acuan biasa yg tak boleh tanggal)

Ini kena dilakukan dengan pantas kerana adunan custard cepat keras.
Sendukkan custard dan ratakan atas acuan. Kemudian letakkan lapisan kek, kemudian cepat-cepat sendukkan adunan custard ratakan dan letak kepingan kek buat begitu dan untuk lapisan akhir (cth saya lapisan ke 3) jangan sendukkan custard diatas kek memadai letakkan custard dibahagian tepi biar padat dan rata. Lapisan akhir inilah menjadi tapak kek bila di terbalikkan nanti. Sejukkan lebih kurang 3 jam atau lebih baru dikeluarkan dari acuan.

Rupanya jadi begini bila diterbalikkan acuan.



Lepas tu hiaskan..biasanya ditabur dengan kelapa kering dlm tin.

Sekian..selamat mencuba .







© Pidgin Technologies Ltd. 2016