Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Sebiji kek.
Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
Sebiji kek



Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Friday, 15-Aug-2008 11:26
Moist Chocolate cake
Oh ya..semalam buat kek cokelat ini permintaan hero ku Zakwan. Mak buat adik kek coklat macam masa birthday dia hari. So kita pun tak sampai hati hero dah mintak so semalam free sikit kitapun buatkanlah dia sebiji kek cokelat. Budak-budak memang suka makan kek coklat...kenapa eh?

Inilah hasil sebiji kek sebelum dan selepas kena makan....nampaknya sempatlah kakaknya Izzati balik dari UITM SG.Petani hari ni merasa sikit..nanti kita pun nak buat lagi kek special utk Izzati yang dah lama kita tak jumpa. Miss her so much. gemuk ke kurus ke..entah2 lagi kurus...jauh punya pasal. Semoga anakku selamat dalam perjalanan (naik bas Express Dari SG.Petani - Klang). Tadi call kata dah ada dlm bas pukul 10.15am hope can reach Klang by 3.00pm. Tak sabar nak jumpa nie.....


Letak topping dan tabur hirisan chocolate aje....decorate lebih kurang nak makan sendiri aje .


Dalam kek lepas kena potong.


Kek kegemaran Zakwan...habis sepotong nak lagi...sedap mak...katanya.



Untuk memenuhi permintaan ini resepinya:
KEK COKELAT LEMBAP ZAKWAN (18/08/2008)

Bahan buat Cake:
1 1/2 Cawan Tepung Gandum Serba Guna.
1 sudu teh Sodium Bicarbonate soda
1/4 sudu teh garam
1/2 cawan butter/marjerin pun boleh
1 1/4 Gula castor atau gula halus.
3 Oz Serbuk Koko
1 sudu teh esen vanila
2 biji telur grade A
1 cawan susu (kita bancuh susu tepung nespray aje atau fernleaf)

INTI TENGAH UNTUK LAPISAN

3 - 3 1/4 Cawan gula Icing
1/3 cawan susu
1/4 cawan butter
2 oz serbuk koko (Cairkan 2 petak cooking cokelat pun boleh)
2 sudu teh esen vanila
1/4 susu teh garam

Caranya:
Panaskan oven 175'C. Griskan atau lebih baik alas baking paper atas acuan bulat ukuran 9" atau satu acuan saja saiz 13 x 9".

Kemudian ayak gandum,soda bicarbonate dan garam dalam mangkuk. Dalam mixing bowl pukul Butter dan gula castor sekejap sehingga rata kemudian masukkan serbuk koko dan esen vanila dan pukul lagi anggaran 5 minit . Kemudian masukkan telur sebiji-sebiji pukul rata. Kemudian masukkan tepung (semua yang diayak tu) berselang seli dengan air susu kacau rata sehingga habis.Lepas tu tuangkan adunan dlm acuan dan bakar hingga masak lebih kurang 25-30 minit atau bila cucuk cake tester tak melekat
barulah masak.

Untuk buat lapisan senang aje:
Pukul butter dan gula icing sekejap kemudian masukkan koko,susu ,garam dan vanila esen dan pukullah sehingga adunan ini jadi sebati, rasa ringan dan berkerim. Kemudian lapiskan atas kek dan klu byk blh sapukan luar kek sekali takyah buat topping.

Untuk kek ini saya buat Fudge topping:

150gm coklat masakan
90 gm whipping cream
30 gm mentega
2 sudu besar gula.

Caranya:
Campurkan semua bahan didalam kuali kecil atau mangkuk cairkan dengan teknik double boil.Pukul atau kacau rata bila ianya tlh cair agar jadi sebati. Curahkan atas kek.

Sekian, selamat ,mencuba..kek ini senang dan cepat membuatnya... :P :P :P



umieaisyah -
Terima kasih sudi bertandang kat sini..taklah byk sikit2 resepi tu adalah dan hari ini saya dah letak resepi kek kat atas tu..silalah cuba...senang aje buatnya.

kayshyieda@yahoo.com
Nak tau sedap tak sedap..cubalah buat resepi dah tepek hari nie...tapi anak makan kata sedap....thnks jenguk sini ya..

dapurimpian
Lapisan tu tak letak whipping Cream tapi topping tu pakai whipping cream....salam dari saya..yelah budak2 nie takleh lari dari suka cokelat...

© Pidgin Technologies Ltd. 2016