Ini adalah kuih masyarakat melayu kita dari dahulu lagi.Tak tahu negeri mana punya mari.Tetapi kuih ini macam kuih tradisional jugak. Kuih lompang ada berbagai jenisnya, biasanya ada yang dibuat dengan air gula merah saja, perisa daun pandan dan air gula saja dengan berbagai warna sepeti yang selalu saya buat dan dapat tempahan.
Pengalaman kita buat kuih lompang ini ialah tentang lubang tengahnya tu. Hairan jugak kadang-kadang buat kuih nie lubangnya jadi lekuk dalam dan bulat cantik aje.Kadang tu pernah tak berapa jadi lubangnya dan kadang jadi elok tapi lekuknya tak begitu dalam
sikit aje lekuknya. Yang hairan tu sukatan dan cara kita buat sama aje. Tak kesahlah janji ada lubang tengah bolehlah dipanggil lompang. Ada member kita dia buat tak pernah nak berlubang lansung...jadi kira kita punya oklah sikit....berlubanglah jugak....
Kita pernah buat yang guna gula merah saja tapi terlupa nak ambil gambar.Dah banyak kali kita buat kuih lompang ini dan suka juga buat buah tangan kalau pergi kenduri dan majlis keraian kawan dan ada juga member yang tempah minta tolong buatkan semasa ada kenduri.
Antara koleksi gambar kuih lompang yang pernah kita buat tapi tak sempat nak upload kat Fotopages nie dulu.
Ini kawan tempah ....bila ya..
kita suka yg jadi macam nie lekuknya besar dan dalam...
ini lubangnya jadi kecik aje tak lekuk sangatkan.
Lompang ini bila dah tabur kelapa last2 lubangnya tetutup jugak.....
Dibawah ini ialah resepi yang selalu kita gunakan untuk buat kuih lompang warna-warni seperti diatas....terima kasih kerana dengan resepi ini terciptalah lompang dan kita pun dah mula menerima tempahan...sikit-sikit aje.....tak taulah esuk lusa....
(Modified - Note: setiap kali buat kita akan bubuh air kapur 1 sudu kecil dalam adunan)
Rasanya lebih sedap bila ada air kapur sikit)
Caranya:
1 cawan air dimasak dengan gula campur daun pandan hingga larut.....sejukkan sebentar. Kemudian masukkan lebihan air tadi dan tepung..gaul hingga sebati.
Bahagikan kepada beberapa warna dan masukkan dalam acuan kecil.Kukuskan agak-agak dalam 20 minit atau sehingga masak kemudian angkat.