Baru-baru nie ada kenduri rumah mak sepupu kita Su Yah. Normi sepupu kita ada order kuih cara berlauk juga hari tu. Kebiasaannya kita suka buat kuih sebagai buah tangan pergi kenduri rumahnya. Tetapi dek kerana ketagih nak mendecor kek tu ada lagi lepas habis buat kuih cara kita pun start projek nak buat kek. Kita buat kek Marble Ana yang simple aje biar cepat siap. Semasa kek sedang dibakar kita sibuk putarkan butter Cream icing untuk decorkan kek itu. Leka dengan cream tu terlupa kat kek yang sedang dibakar...nyaris2 nak hangus tapi masih sempat diselamatkan lagilah. Bila buang kerak yang hampir hangus tu eloklah rupanya ...cuma kek jadi lebih kering tak lembap...lama sangat kena bakar. Buat dua loyang nipis sikit jadi kena bakar dalam 35 minit gitu bukanya sampai 55minit atau sejam. Inilah rupanya sebiji kek yang kita buat buah tangan pergi kenduri rumah Normi hari tu. Pakai reka dan hentam aje..lagi pun nak siapkan cepat sebelum waktu isyaa..Nozel yang ada itulah kita ubah2kan tekan atas kek tu.