Betullah kata orang bila dah buat sesuatu tu apalagi yang kita minat akan mendatangkan ketagih. Inilah yang terjadi pada diriku. Dek kerana dah mendecor kek tiga kali berturut-turut rasa gian pulak nak mendecor cake nie. Entah macam mana pada 31hb Julai baru nie semasa calling2 kawan kita Aziah dia kata besuk 1/8/2008 hari jadi anaknya Ain. So kita pun buatkan sebiji kek siap decorkan sekali untuk dihadiahkan pada anaknya.
Lagi pun balance icing dan warna buatkan kek sebelum ini masih ada lagi so kita gunakan untuk decorkan kek buat Ain selain menambahkan practice . Itu sebab warna kek birthday seakan2 kek birthday yang sebelum ini. Cuma kali ini kita cuba gunakan nozel daun dan skill kita untuk buat basket weave dengan lebih baik. Maka inilah rupa keknya bila siap dihiaskan. Macammana?......
Dibawah ini resepinya:-
KEK COKLAT LEMBAP
(Sumber dari: Betty Saw)
180gm mentega
360gm gula halus
3 biji telur ayam grade A
1 sudu teh kopi segera (kita guna Nescafe)
1 sudu besar air panas
1 sudu teh esen vanila
1 cawan air
Disatukan dan diayak:
240 gm tepung gandum
75 gm koko serbuk
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh sod bicarbonat
1/2 sudu teh garam
Griskan tepi acuan kek segiempat sama saiz 20cm dan alaskan dasarnya dengan kertas minyak yang bergris.
Putar mentega dan gula halus sehingga ringan dan gebu.Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus memukulnya.
larutkan kopi segera dengan air panas.Campurkan esen vanila dan masukkan dan masukkan lebihan air dan kacau.
Masukkan campuran kopi bersilih ganti dgn bahan diayak (sepertiga bahagian setiap kali) kedalam campuran mentega.Kacau rata-rata dan tuangkan adunan kedalam acuan.
Bakar didalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada 175'C selama 55-60 minit.Biarkan kek sejuk di dalam acuan selama 20-30 minit,kemudian keluarkan dan sejukkan sepenuhnya diatas redai.
Caranya:
Campurkan kesemua bahan didalam mangkuk cairkan mengguna teknik double boil.
Kacau rata selama 5-10 minit. Sapu atau tuangkan atas dan tepi kek.
Cake Icing:
Mentega - 100gm
Creamwell - 200gm
Gula 250gm -(didihkandgn sedikit air higga likat,sejukkan)
Pukul kedua-dua bahan hingga kembang dan masukkan air gula yang likat tadi sedikit-sedikit dan pukul lagi hingga jadi gebu dan ringan. Bolehlah dihias atas dan tengah serta sekeliling kek.