Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Dah siap pack.
Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
Dah siap pack



Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Tuesday, 5-Aug-2008 17:27
Cara Berlauk lagi.....
Baru-baru ini ada member nak buat kenduri (26/07/08) dia suruh kita buatkan Cara Berlauk. Biasa kita buat inti ayam tapi kali ini ibunya nak inti daging. So kita pun buatkanlah. Dia nak dalam seratus aje.


Dah siap untuk diambil.



Resepi

CARA BERLAUK INTI DAGING.

Bahan-bahannya.

Untuk buat intinya:
1 Bungkus Daging Cincang (Ramli Burger)/Klu rajin kisar daging sendiri.
100gm cili kering }
6 biji bawang merah } Tiga nie diblender.
1 biji bawang besar. }
2 cawan air atau lebih.
2 sudu besar garam - ikut rasa sendiri
6 sudu besar gula - boleh tambah lagi klu suka lebih manis
1 sudu kecil serbuk perasa
Minyak masak untuk menumis secukupnya.

Caranya:
Panaskan minyak. Masukkan bahan kisar tadi diikuti dua cawan air atau lebih..biarkan air mendidih dan sehingga naik minyak. Kacau sentiasa dan baru letak daging cincang
diikuti garam, gula dan kalau perlu tambahkan sedikit air lagi biarkan mendidih sehingga kering dan daging pun empuk. Rasa apa yang patut dan terpulang kalau nak manis tambahkan lagi gula ,kalau nak masin tambahkan lagi garam dan sebagainya. Lepas tu tutup api .Sejatkan sambal daging agar minyak tumisan jatuh kebawah. Gunakan daging untuk diletak dalam cara nanti. (Note : Proses ini lebih kurang 30-45minit)

Bahan untuk kulitnya:

6 cawan gandum
3 cawan santan
6 cawan air paip
3 biji telur
garam
pewarna kuning
serbuk rempah kari
Bawang goreng kalau suka (Letak selepas adunan diblend)

Hiasan
Daun Sup/Saderi
Cili merah

Caranya:
Blendkan/gaul rata semua bahan dan tapiskan.
Letak bawang goreng kalau suka.
Masukan sikit adunan dalam teko yang muncung panjang (senang nak tuang)
Panaskan acuan cara dan letakkan minyak.
Tuangkan adunan separuh acuan dulu dan kemudian masukkan inti daging sesudu kecil
dan kemudian tuangkan adunan diatasnya hingga penuh dan kemudian letakkanlah cili merah yang dihiris tu bersama daun sup tadi. Tutupkan dengan tudung periuk nasi atau apa-apa penutup besi yang sesuai.
Bila agak dah masak...angkat penutup dan cungkilkan cara dengan lidi tajam atau pisau nipis panjang.Hidangkan.
(Dapat dalam anggaran : 100-120 biji (sarang kecil))


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.