Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Belum Belah lagi..
Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
Belum Belah lagi



< Previous

Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Thursday, 17-Jan-2008 03:46
Sekian lama baru dapat......
Sebenarnya dah banyak kali cuba masukkan gambar tak jadi.Entah macam mana semalam cuba punya cuba kita dapat juga pastekan gambar nak jadikan banner fotopages kat atas tu...rupanya senang sangat..selama ini kita buat ada tak kena sikit. Lagi satu dah dapat pastekan gambar diatas kita cuba pulak nak letak link kat favourite dan group...cuba punya cuba dapat juga buatnya...senang jugak cuma selama ini tak berapa faham...bolehlah kita share masakan yang pernah dan akan kita masak kat sini..bila ada kelapangan.

Kita suka fotopages masakan seperti Hanieliza,Mamafami dan Mak Lang Azie kerana yang tiga nie selalu ada kat top punya tempat...yang lain-lain pun kita tenguk jugak kalau kebetulan terjumpa linknya. .

Oh ya kita pernah buat cream Puff. Ini salah satu makanan kegemaran dari sekolah sampai sekarang nie. Biasanya resepi yang kita buat dulu menjadi cuma puffnya akan menurun selepas dibakar.
So tengok resepi Mok nik (kat cari ) tu macam o.k je so kita pun buat puffnya ikut resepi Mok Nik di Cari. Hasilnya begitu memuaskan dan betul puffnya tak menurun balik lepas dibakar. Kembang cantik aje lepas bakar. Intinya kita bubuh custard jagung.Petuanya ialah biar adunan sejuk dulu baru letak telur. Dulu kita terus letak telur sebiji2 masa adunan tengah panas.


Cream Puff

Bahan utk kulit
70 gm marjerin
140 gm gandun red ross (kita guna gandum biasa aje cap sauh)
4 biji telur
200 ml air
1/4 sudu garam
1 sudu teh perisa vanila

Intinya:
4 sudu besar tepung custard.
1000 ml air
140ml susu cair
1 tin jagung Cream
6 sudu besar gula (Lebih pada yg suka manis)
sedikit garam.
Caranya:

cara-cara buat kulit - Puffnya
1. Masak air dgn garam, bila dah menggelak, masukkan marjerin.
2. Bila marjerin cair, masukkan gandum, kacau hingga sebati . Tutup api.
3. Kacau lagi adunan tadi hingga jadi doh seketul. Sejukkan.
4. Bila betul2 sejuk, masukkan kedalam mesin adunan, campurkan vanila dan telur. Putar hingga kembang.
5. Bial sudah kembang dan sebati masukan dalam piping beg, kalau hendak senang bulatkan dgn sudu pun boleh
6. Panaskan oven 180C dan bakar selama 15- 20 min atau hingga masak kembang.
7. Bila dah masak, angkat dan belah. (Bubuh inti)

Intinya:
Air dan susu cairkan campurkan dalam mangkuk dan kacau rata.
Masukkan gula dan garam kacau rata kemudian muasukkan tepung custard kacau rata.
Lepas tu masukkan jagung.
Jerang dan kacau atas api hingga sebati dan masak. (Jadi agak pekat)
Letakkan dalam Cream Puff yang dah dibelah.

--------------------------------------------------------------------

Apam Indon nie pula rasa teruja nak buat bila tengok fotopages Mamafami....tangguh2 nak buat ..akhirnya hari tu kita buat jugak inilah hasilnya...pertama kali buat....alhamdullilah menjadi ..
ini yang rasa nak cuba dan buat pulak resepi yang lain tu....Suka tengok warnanya yang berjalur tu...




APAM INDON

Bahan:

5 Biji Telur
1 sudu teh Ovallette
1/2 sudu teh essen vanilla
300gm tepong gandum
300gm gula castor
250ml santan (daripada 1 kotak santan)
1/2 sudu teh baking powder
sedikit garam
Tiga pewarna

Caranya:

1. Panaskan kukusan.
2.Sediakan loyang alaskan dgn kertas kek.
3.Masukkan telur dan ovalette kedalam mixer pukul dgn kelajuan tinggi sehingga kembang
4.Masukkan gula sedikit demi sedikit dan kemudian masukkan esen vanilla.
5.Tepong dan baking powder diayak bersama.
6.Masukkan santan 1 kotak dlam measuring jug dan tambah sikit air hingga samapai 250ml dan tambahkan garam.
7.Perlahankan sikit kelajuan mixer dan masukkan adunan tepong sedikit demi sedikit diselang selikan dgn santan tadi. buatlah hingga habis dan sebati semuanya.
8.Kemudian bahagikan kepada 3 equal parts ..kita guna warna hijau,kuning dan merah.
9.Ratakan adunan pertama dalam loyang..kukus for 10 minit..lepas tu angkat kalau tak melekit kira masaklah dan curahkan adunan warna kedua....ratakan..dan kukuskan 10 minit..cara sama macam tadi..last sekali adunan ketiga curahkan dan kali ini biarkan lama sikit agak-agak dlm 25-30 minit ..api perlahankan sikit...Bila masak angkat...siap.

Cukup untuk hari ini..kalau ada kelapangan kita akan updatekan lagi ya....










© Pidgin Technologies Ltd. 2008.