Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Enaknya
Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
Enaknya



Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Sunday, 13-Jan-2008 12:00
LAKSAM DAN APAM
Oh ya baru teringat hari tu pertama kali kita masak laksam dan apam. Seronoknya cubaan pertama terus berjaya.Rupanya taklah susah sangat membuatnya. Ini semua kerana teruja tengok kat F&R di cari.

Inilah dia rupanya laksam dan apam yang kita pernah buat hari tu.Baru sekarang nak update kat sini.


Laksam

Ingredients:
3 cawan tepung beras
4 cawan air
1 sudu kecil air kapur
3 sudu besar tepung ubi
1/4 sudu te garam

Caranya:
1.Bancuh semua bahan diatas hingga sebati.Biarkan 10 minint.
2.Panaskan kukusan dan sapukan minyak atas tudung periuk.panaskan sekejap dlm kukusan.
3.Tuangkan satu senduk atau lebih sikit adunan ratakan nipis-nipis.
4.Kukus hingga masak.(Bila naik mengelembung dan terangkat -tanda masak)
5.Angkat dan gulung.
6.Potong laksam yang digulung tu dan taburkan dgn ulaman ,bubuh sambal belacan dikuti pula dgn menuangkan kuahnya. Sedia untuk dimakan.

Rupa Lepas gulung

Selepas dipotong
Bahan utk kuah:
4 ekor ikan kembung/selayang
1 sudu besar lada hitam
5 ulas bawang merah
1 biji kelapa parut)ambil santannya
2 keping asam keping
1.5 cm halia
garam ikut suka

Caranya:
1)Ikan kembung dibersihkan dan direbus hingga masak.
2)Toskan dan kemudian ambil isi ikan.
3)Isi ikan.bawang merah dan halia diblender bersama santan.
4.Tumbuk lada hitam dan campurkan dengan santan itu.
5.Bubuh santan yang diblender dgn ikan tu dlm periuk,masukkan asam keping dan garam.
6.Jerang diatas api hingga mendidih dan sebati.

Bahan utk ulam:

Daun kesum)dimayang
Kacang panjang) dipotong halus
Timun) dipotong halus
Daun Selasih/Kemangin) dipotong Halus
Taugeh buang ekor.

(Note: Kita tak cukup ulam hanya bubuh timun,kobis, daun kesum aje hari tu)

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


APAM SALJU ENO

2 Mug nasi
2 Mug Tepung gandum
2 Mug Tepung beras
1 Mug gula tebu (gula warna perang)
3/4 Mug gula pasir
2 1/2 Mug air
1/2 Paket Mauripan
2 paket Eno Biru

Caranya:
1)Satukan tepong beras dgn tepong gandum dalam bekas yang agak besar(mangkuk atau periuk pun boleh)
2)Nasi diblender dgn air hingga halus.Kemudian masukkan gula dan blender lagi.
30 curahkan dalam adunan tepung tadi dan biarkan naik kia-kira 3 jam. (Kita buat malam besuk kukus)
3)Kemudian masukkan Eno dan gaul rata. Kemudian kukuskan hingga masak. Warna ikut suka.


(kita buat separuh saja dari resepi nie ambil dari F&R cari -Resepi apam Salju Tukaz)
- kita tambahkan Eno..lebih sedap rasanya bila letak Eno nie.)





© Pidgin Technologies Ltd. 2008.