Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Puding Buih
Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
Puding Buih



< Previous
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Tuesday, 10-Jul-2007 12:00
Temuduga (Interview)
Hari ini kita pergi interview kerana dah janji nak datang member kita tu. Masa tu member kata kerja kerani je...lagi pun memang nak kerja yg tak byk tekanan. Bila dah masuk interview dgn boss tu..dia soal kita dan tengok resume ..punyalah byk experience so dia offer kita officer punya position...gaji pun lebih sikit katanya. Tapi biar dia discuss dgn mangement dulu. Kita pun baliklah. Tak mengharap pun...lagi pun rasa mungkin tak dapat pasal dah lama tak kerja hampir
3 tahun gitu...

Dah rezeki kata orang..dua hari lepas tu kita dapat panggilan....confirm terima kerja. Suruh ambil appointment letter. Mula kerja 16hb Julai 2007. Lepas tu kita pun drop by ambil surat tu on the way nak tengok anak kat Asrama.

Dalam hati kata betul ke tidak nie..cubalah kerja semula.

Oh ya hari nie kita sempat buat puding buih. tapi tak berapa cantik sangatlah rupanya..senget sana sini. Tapi kerana warnanya yang cantik anak kita sukalah pulak makan.



Puding Buih (resepi dari fotopages Kak Liza)

Bahan-bahannya:

4 biji putih telur
12 gm serbuk agar-agar
1 liter air
160 gm gula
Pewarna (ikut suka)
Loyang 4 segi 8 x 8 inci.

Caranya

1) Pukul putih telur shingga gebu.
2) Bahagikan putih telur 4 bahagian.
3) Satukan serbuk agar2, gula dan air dalam periuk dan masak hingga mendidih.
4) Ambil satu cawan agar-agar dan campurkan buih putih telur dan warna. (Hijau)
(Kacau perlahan biar putih telur dan warna sebati)
5)Tuang dlm loyang dan biarkan agak separa keras.
6)Ulang semua proses 4 & 5 dan lapiskan perlahan-lahan atas agar-agar yg separa keras tu - hingga semua bahan habis.
7)Sejukkan dan potong.




© Pidgin Technologies Ltd. 2008.