Anakku Zatie Call dari asrama. Suruh hantarkan kek Birthdaynya kerana nak celebrate dgn kawan-kawan kat asrama tepat jam 12.00 malam pada hari Isnin 25.06.2007. Kebetulan ada kawannya yang nama panggilannya G-Are pun mempunyai tarikh lahir yang sama dengan Zatie iaitu 26.06.2007 ini genaplah usia mereka 17 Tahun.Biasanya kek beli atau tempah kat kedai .
Tiba-tiba rasa rajin pulak dan nak buat kek sendiri dan decorkan . Zatie dan budak-budak lain pun suka kek cokelat lalu buatlah 2 biji kek cokelat satu sze 12 x 12' utk Birthday punya dan satu lagi kecik sikit boleh potong letak dlm tupperware nanti. Maklumlah nak hantar kat asrama mestilah banyak sikit biar mereka share sama-sama. Tunggang langganglah buat kek pagi tu dan decor sekali.
Pertama buat kek dan decor utk birthday anak.
Lepas tu buatkan pulak muffin cokelat chip dua adunan dapat 40 biji . Seronok pulak buat Muffin nie walaupun tak ada pan muffin/cupcakes tu kita berjaya membuatnya dengan baik. Caranya letakkan adunan muffin tu dalam 3 lapis acuan kertas tu barulah dia kukuh dan adunan tak meleleh sehingga sempat masuk oven dan bakar.
Siap semua masukkan kek dalam kotak dan lain-lain dalam bekas tupperware. Kita pun singgah kat Tesco klang belikan paper plate dan glass plate. Air Coca-cola dan sedikit gula-gula, jelly, kacang dan entah apa lagi ya...barulah bertolak ke Asrama Sek. Men Teknik Btg Berjuntai tu. Bertolak pada petang 25.06.07 dari Klang pukul 4.40 ptg dan sampai kat sekolah teknik dalam pukul 6.15 ptg gitu.
Sampai sana anakkku Zatie dah tunggu dengan kawannya. Dia nampak gembira maklumlah mak dan ayahnya dah sampai bawakkan birthday cake dan jajan sekali. Jumpa sekejap aje dan kemudian bertolak balik Klang pukul 6.30 ptg.
Dah sampai pun...
Kali ini dah dua kali tak dapat keluarga celeberate sama zatie pasal dia duduk asrama dan minggu nie tak baliklah pulak. Selamat harijadi yang ke 17 buat anakku yang ku panggil kakak, kadang Izzati dan zatie nie.Semoga panjang umur sihat sejahtera serta berjaya dalam peperiksaan SPM yang bakal dihadapinya tahun nie. Peperiksaan yang menentukan hala tuju hidupnya...semoga anakku akan belajar bersungguh-sungguh dan berjaya.
Sweet 17 for Zatie and her friend G-Are.
Muffin yang membuat anak-anakku teruja.
Rasa Muffin ni memang enak dan senang aje buatnya.
CHOCOLATE CHIPS MUFFINS
(Roylazim)
Bahan-bahannya:
6 (M-Size) biji telur
150g Chocolate Chips
250gm butter (dicairkan)
50gm serbuk koko - ayak
2 sudu kecil baking powder - ayak
200gm gula icing - ayak
200gm tepung gandum - ayak
Cara-caranya:
1.Masukkan telur ke dalam mangkuk.Pukul sampai berbuih.Tak payah guna mixer.
2.Kemudian masukkan bahan-bahan yang diayak.Kacau.
3.Masukkan butter,chocolate chips.Kacau sampai sebati.
4.Isikan adunan ke dalam cup muffin.
5.Bakar dalam oven dengan suhu 170'c selama 25 - 30 minit.
(Note: Taburkan sedikit chocolate chips diatas utk hiasan)