Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Cara Manis
Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
Cara Manis



Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Friday, 18-May-2007 00:00
Hari Paling Sibuk...
Hari ini begitu sibuk sekali ...kerana banyaknya benda yang nak dibuat. You all know what? First thing in my mind...tommorow must go back to my husband hometown again ? Pagi-pagi kena siap dan bertolak ke Negeri lagi. Jadi dah tentu sibuk kena pastikan pakaian dan barang yang nak dibawa nanti takut ada yang tercicir pulak. Anak-anak Ira dan Zakwan tengah ambil peperiksaan penggal..jadi sibuk kena pastikan mereka ulangkaji pelajaran. Paling Sibuk ialah memasak.....apa taknya esuk ialah Hari Ulang tahun perkahwinanku yang ke 19.....pejam celik, pejam celik dah lama jugak usia pekahwinanku rupanya ialah dah semakin tua pun. Jadi seperti biasa kita akan buat pulut kuning or Nasi kunyit ...ambil berkat kononnya. Kek pun kita buat juga....Kerana besuk nak balik kampong kita buatlah hari ini.
Tapi gambarnya kita paste besuk (19hb Mei 2007)

Hari ini anak kita Zakwan nak makan Cara Manis. Tak sampai hati sibuk pun buat jugalah untuknya.


Cara manis

Bahan-bahannya:

2 Cawan Tepung gandum
3 cawan santan pekat
1 biji telur.
Beberapa helai daun pandan
Sedikit pewarna hijau
Sedikit garam
Gula pasir secukupnya (buat inti)

Caranya mudah saja:

Blenderkan daun pandan dengan 1 cawan santan. Tapiskan.
Campurkan semua bahan (tepung gandum, 2 cawan santan, 1 cawan santan bersama daun pandan, telur, sedikit garam dan pewarna hijau) Gaul rata kemudian tapiskan.

Selepas itu panaskan acuan cara dan sapu sedikit marjerin/minyak utk elak dari melekat dgn menggunakan daun pandan agar baunya semakin wangi.Masukkan adunan tepung dalam acuan kemudian masukkan sedikit gula ditengahnya. Tutup acuan dan biar hingga masak baru keluarkannya.

Senang amat buat kueh ini.....kegemaran anak tunggal lelakiku Zakwan.



© Pidgin Technologies Ltd. 2008.